Wednesday, May 1, 2024

Creating liberating content

K’jaan Digesa Bawa Masuk...

Kekurangan jururawat pada tahap yang tidak pernah berlaku sebelum ini di hospital swasta...

“Saya Bagai Mati Hidup...

PENDANG - Detik hitam apabila pengsan di dalam kereta dan akhirnya koma selama...

Lebih 100 Tadika Kemas...

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) telah mengenal pasti lebih 100 tadika...

Rokok Tidak Ada Cukai...

Kuching : Sebanyak 1,690 karton rokok pelbagai jenama disyaki tidak bercukai dirampas dalam...

Listeria Tular, Tembikai Wangi Australia Diboikot

KETIKA Malaysia gantung import tembikai wangi dari Australia ekoran wabak listeria meragut ramai nyawa di negara itu, jualan buah itu di jirannya, Singapura pula turut terkena tempias teruk.

Media tempatan melaporkan, permintaan bagi tembikai wangi di republik itu merosot ketara susulan penularan jangkitan listeria di Australia baru-baru ini, dengan ada pembekal melaporkan kejatuhan sehingga 90 peratus.

Empat pembekal menurut agensi berita MediaCorp dilaporkan mendakwa bahawa permintaan sangat berkurangan turut melibatkan tembikai wangi diimport dari negara lain termasuk Malaysia yang dijual di pasaran Singapura.

Penguasa Agromakanan dan Veterinar (AVA) namun memberi jaminan bekalan buah tersebut dari Australia sudah ditarik balik selepas negara itu turut gantung eksport ke sembilan buah negara termasuk Malaysia dan Singapura.

Menurut pengarah FS Fruity, Theresa Fong, penjualan menjunam 90 peratus. Beliau menganggarkan sebelum ini, sekitar 60 karton dapat dijualnya pada setiap minggu sebelum AVA menarik balik tembikai wangi dari Australia.

Buat masa ini, syarikatnya hanya mampu menjual dua karton buah itu seminggu. Meskipun terdapat tembikai wangi dari Indonesia dan Jepun, buah tersebut dari Australia, menjadi pilihan ramai rakyat Singapura kerana rasanya.

“Para pelanggan masih bimbang. Ramai yang masih takut beli,” kata Fong. Tujuh orang maut antara 17 Januari dengan 6 April lalu disebabkan wabak itu, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada minggu lepas.

Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) mengesahkan dua pesakit tempatan di republik itu memang dijangkiti sejenis listeria yang serupa dengan penularan di Australia dan dikaitkan dengan tembikai wangi.


Salah seorang pesakit sudahpun pulih sepenuhnya manakala seorang lagi bagaimanapun meninggal dunia. Namun, mangsa maut bukan disebabkan jangkitan listeria, menurut kenyataan MOH yang dipetik media Singapura.

MOH turut menekankan bahawa “Tiada risiko lanjutan terhadap kesihatan awam ekoran penularan wabak dari Australia itu kerana segala risiko sudah diatasi selepas konsainan produk yang terjejas ditarik balik pada Mac 2018.”

Dalam pada itu pekedai Kian Seng Yong Import & Export Kelifu Sea berpendapat permintaan dijangka mengambil masa lebih sebulan sebelum para pelanggan yakin membeli semula tembikai wangi dari negara selain Australia.

Buat masa ini, mereka hanya dapat menjual tidak sampai 50 karton seminggu, iaitu kurang separuh daripada 100 karton yang pernah dijual sebelum wabak tersebut tular menggemparkan pengguna di seluruh dunia bulan lalu.

Seorang pembekal Ever-Shine, Tan Yong Xiang pula berkata bahawa meskipun pernah menjual sehingga 20 karton seminggu, beliau belum lagi dapat menjual sebarang tembikai wangi pada bulan ini. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori