• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lepas 8 Tahun, Bienda Buka Mulut Isu Rumah Tangga

oleh
14/04/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELEPAS lama menyepi, kini penyanyi Bienda mengambil keputusan untuk berkongsi kepada umum mengenai kisah sebenar di sebalik perkahwinannya dengan seorang penerbit dan pengarah sekitar lapan tahun lalu.

Bienda atau nama sebenarnya Nor Razlinda Razli, 33, telah sah menjadi isteri kepada Kamarul Zariman Abd. Rahman pada tanggal 10 Oktober 2008 yang lalu.

Bagaimanapun, majlis persandingan kedua pasangan telah diadakan setahun selepas itu disebabkan mereka mahu berusaha sendiri bagi mendapatkan wang bagi majlis berkenaan.

“Sudah tiba masa saya berkongsi dengan semua orang yang kami telah bernikah pada 10 Oktober 2008 dan setahun kemudian barulah majlis persandingan diadakan,” katanya dipetik portal mStar Online.

Namun, banyak desas desus mengatakan kononnya mereka telah bernikah di luar negara dan disebabkan itu mereka enggan memaklumkan tarikh sebenar perkahwian itu.

“Saya merahsiakan perkara itu sebab tidak mahu menyusahkan keluarga. Ketika tu, fokus utama kami bekerja keras simpan duit untuk beli rumah dan barulah fikir pasal majlis sanding pula.

“Saya tak nak guna duit keluarga dan tidak mahu orang salah anggap kata saya tak ada duit nak minta simpati daripada mana-mana pihak” tambahnya lagi.

Khabar angin turut mengatakan bahawa mereka telah bernikah di negara Thailand secara rahsia.

Tetapi sebenarnya majlis pernikahan itu telah diadakan dekat sebuah masjid di Gombak, Selangor bersebelahan rumah ibunya yang turut merupakan penyanyi dengdut iaitu Sheeda.

Sebelum ini, Bienda langsung tidak mahu memberi ulasan lanjut tentang isu itu dan sekali gus membuatkan timbul pelbagai spekulasi dan khabar angin yang tidak elok.

Hasil perkahwinan itu, Bienda dan suami telah dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan, Lavienda Namiraz, 6, dan Laxiendra Namiraz, 4.

Semalam, Bienda baru sahaja melancarkan video muzik lagu baharunya berjudul Jaga Hati di The Glass Suite, BoraOmbak ketika majlis pertujukan fesyen Clarissa X Bienda.

Kemunculannya itu merupakan ‘balas dendam’ baginya selepas album yang diterbitkan paada tahun 2009 lalu tidak menjadi.

Lagu berkenaaan sudah disiapkaan pada tahun lalu tetapi dia terpaksa menunggu masa yang sesuai untuk melancarkan ‘buah tangannya’ itu.

“Saya pernah kecewa sangat apabila album saya Kenaliku pada 2009 tidak menjadi. Tak tahu kenapa tapi memang boleh dikatakan album tersebut gagal berada di pasaran.

“Jadi, kali ini saya berharap sangat dengan kelainan lagu terbaru Jaga Hati ini dapat menarik hati pendengar masa kini.

“Sebenarnya lagu ciptaan DJ Fuzz ini dah lama disiapkan sejak setahun yang lalu namun banyak halangan kecil menyebabkan saya terpaksa cari masa yang sesuai untuk dilancarkan,” ujarnya lagi.

Sekitar tahun 2007 lalu, Bienda dikenali ramai dengan lagu Penantian sehingga menjadi kegemaran ramai ketika itu kerana rentak lagunya yang menarik. – MYNEWSHUB.CC/ AH

Tags: BiendaNetizen
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Muafakat Jawab Tohmahan DAP Isu Himpunan Mara

Next Post

Nita Hamzah Bakal Nikah Hujung Bulan Ini

Related Posts

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

Netizen Kecam Jenaka Keterlaluan Pelawak Singapura Perlekeh Malaysia

07/06/2023
0

KUALA LUMPUR : Seorang pelawak wanita kelahiran Singapura, disifatkan bertindak keterlaluan ketika memperlekehkan Malaysia dalam satu persembahan komediri bertajuk 'Singapore...

Netizen Mahu Usia Persaraan Kembali 50-55 Tahun, Beri Peluang Bakat Baru

Netizen Mahu Usia Persaraan Kembali 50-55 Tahun, Beri Peluang Bakat Baru

12/04/2023
0

KUALA LUMPUR : Sebahagian besar pembaca BH dalam tinjauan media sosial memilih usia persaraan dikekalkan kepada 60 tahun. Ikuti Mynewshub: Telegram...

Next Post

Nita Hamzah Bakal Nikah Hujung Bulan Ini

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd