Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Konon ‘Sabotaj’, VistaJet Sahkan...

DAKWAAN jahat konon jet mewah bakal dinaiki tokoh pembangkang, Tun Dr. Mahathir Mohamad disabotaj...

Penyokong Bersih 4 Ingkari...

KUALA LUMPUR - Para penyokong perhimpunan Bersih 4 meneruskan rancangan untuk mengadakan demonstrasi...

AS Kecam Serangan Dron...

WASHINGTON : Amerika Syarikat (AS) mengecam serangan dron yang menyasarkan rumah Perdana Menteri...

3 Wanita Thailand Mangsa...

BUTTERWORTH - Tiga wanita warga Thailand berjaya diselamatkan polis dari terus menjadi mangsa...

Nita Hamzah Bakal Nikah Hujung Bulan Ini

BEKAS naib juara Malaysian Idol musim kedua, Nita Hamzah mengesahkan bakal mengakhiri zaman solonya dengan jejaka pilihan, Mohd. Fareez Shamsul Bahari pada 29 April depan.

Memetik sumber, penyanyi berusia 38 tahun itu mengumumkan majlis pernikahan bakal berlangsung secara sederhana di Selayang, Selangor.

Malah difahamkan juga, pasangan berkenaan hanya mengundang ahli keluarga terdekat serta kenalan rapat kedua-dua belah pihak sahaja.

“Untuk majlis pernikahan, saya sekadar menjemput tidak lebih 500 tetamu sahaja. Tempat pun terhad, jadi tak boleh ramai-ramai, nanti padat sangat macam sardin,” kata Nita.

Ujar Nita, dia meluahkan rasa syukur apabila akhirnya majlis yang dirancang dapat dilaksanakan dan berharap segalanya berjalan dengan lancar serta dipermudahkan.

“Memang gementar tetapi nak tak nak, inilah yang saya dan Fareez mahukan. Jadi, harap urusan dipermudahkan,” ujar penyanyi wanita tersebut.


Tambah Nita, meskipun Fareez lapan tahun lebih muda daripada dirinya namun dia tidak melihat jarak usia antara mereka sebagai satu halangan untuk mengecap bahagia sebagai pasangan suami isteri.

“Paling penting adalah restu keluarga daripada kedua-dua belah pihak,” tambah Nita.

BACA : Nita, Tunang Diberi Masa Setahun Untuk Bernikah

Nita dan Fareez bertunang pada 13 Ogos tahun lepas dan pasangan ini sepatutnya melangsungkan pernikahan pada Februari lalu namun terpaksa ditangguhkan atas sebab-sebab tertentu. – MYNEWSHUB.CC/AM

Kategori