• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lapor Polis Kes Paderi Seru Tegak Negara Kristian?

oleh
16/04/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERANG…  Seorang pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr. Kamarul Zaman Yusoff membuat laporan polis terhadap seruan biadab seorang paderi Kristian tempatan baru-baru ini.

Media tempatan melaporkan Pengarah Institut Kajian Analisis Politik Malaysia (MAPAN), UUM itu merujuk kepada hebahan rasmi Bishop of Melaka-Johor Diocese, Rt. Rev. Bernard Paul kepada penganut Katolik di negara ini.

Antara diserunya ialah “Tidak ada kerajaan dan pemerintahan yang bersih, pilihan raya bersih; institusi yang bersih; penguat kuasa bersih, pengurusan kewangan dan sumber yang bersih; tidak ada pemimpin boleh dipercayai.”

Laporan oleh Kamarul Zaman itu dibuat di Balai Polis Changlun, Kedah, diikuti laporan polis serupa oleh Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof. Madya Dr. Shafaai Musa, di Balai Polis Simpang Ampat, Melaka.

Dalam laporan itu, beliau menyatakan kritikan keterlaluan oleh Paul boleh mengapi-apikan penganut Katolik untuk bukan sahaja mengundi Pakatan Harapan tetapi bertindak di luar undang-undang untuk menjatuhkan kerajaan.

Kamarul juga mempersoalkan gesaan Paul dalam hebahan tersebut yang agak keras berbunyi, “Marilah kita bersama-sama membina sebuah Kerajaan Tuhan” sebagai merujuk kepada pewujudan pemerintahan Kristian.

Menurut Kamarul Zaman dalam temuramah bersama portal tempatan Menara.my, hebahan tersebut menjadi kesalahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Hasutan 1948, kerana mempunyai kecenderungan berbaur hasutan jahat.

Ini termasuk mahu ”mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja atau Kerajaan” selain kecenderungan untuk pelbagai agenda tersirat yang lain.

Kamarul Zaman menambah lagi, apabila Paul menyatakan bahawa sistem pilihan raya di negara ini konon tidak adil, ia sedang mewujudkan sentimen tidak senang hati dengan sistem yang wujud di negara ini secara keseluruhan.

“Tambah pula apabila beliau menyatakan bahawa, ‘Sistem pilihan raya kita tidak adil’, ini boleh mewujudkan rasa tidak senang hati kalangan penganut agama Kristian jika pihak yang mereka sokong kalah dalam pilihan raya.”

Sehubungan dengan perkara tersebut, Kamarul Zaman turut menggesa pihak polis untuk segera membuat siasatan dan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Paul sebelum keadaan semasa menjadi lebih tidak terkawal.

Selain daripada hebahan dibuat Paul, terdapat juga usaha pihak Radical Extremist Christian State atau dikenali sebagai RECS yang ingin menggunakan pendekatan kekerasan demi mengubah kepimpinan politik negara ini.

Gerakan bersifat antarabangsa itu memiliki rangkaian di banyak negara khususnya di Asia kononnya berjuang untuk menyebarkan dakwah agama tersebut dan memurtadkan penduduk bukan Kristian. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Kamarul Zaman YusoffKristian
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Majlis Perundingan Agama Mohon Penguatkuasaan Lebih Berhemah Dalam Isu Rumah Ibadat

Majlis Perundingan Agama Mohon Penguatkuasaan Lebih Berhemah Dalam Isu Rumah Ibadat

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (MCCBCHST) memohon agar pendekatan penguatkuasaan dilaksanakan secara...

Pensyarah Dan 2 Rakan Tawar RM2,000 Kesan Remaja

27/04/2021
0

KUALA LUMPUR - Drama Apek DAP yang didakwa keterlaluan mendorong beberapa pensyarah menjanjikan ganjaran sehingga RM2,000 untuk mengesan seorang remaja...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd