Thursday, December 7, 2023

Creating liberating content

PAS Bayar RM1.4 Juta...

HULU LANGAT: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa memiliki dokumen transaksi bank...

Jangan Guna Orang Tengah...

PUTRAJAYA - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menasihatkan para majikan agar segera mendaftarkan pekerja...

KDN Siap Siaga Hadapi...

Kuala Lumpur : Agensi keselamatan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) bersiap siaga...

‘Equanimity’ Akan Dijual Sebelum...

KUALA LUMPUR - Sherif Mahkamah Admiralti akan mendapatkan perintah mahkamah untuk memulakan fasa...

Lakonan Diterima, Loghat Utara Angkat Nama Eyra

MESKIPUN sudah hampir 10 tahun menjadi anak seni, kini pelakon manis Erya Hazali mula dikenali ramai selepas lakonannya yang semula jadi telah berjaya menambat hati penonton.

Eyra, atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina Hazali tidak menyangka bahawa lakonannya menerusi drama bersiri Mr. Grey gandingan bersama pelakon Fendy Bakry telah berjaya mendapat sambutan hangat daripada penonton sehingga ia trending di laman Twitter.

“Ketika menjalani penggambaran drama ini, saya tak terfikir ia akan mendapat sambutan luar biasa,” katanya dipetik daripada portal BH Online.

Menerusi drama berkenaan, Eyra telah membawa watak sebagai Nisa Ardina, seorang gadis kampung yang berasal dari Utara.

Malah, disebabkan ahli keluarganya juga berasal dari Pulau Pinang, ia memberi kelebihan kepada gadis berusia 19 tahun itu untuk melakonkan watak sebagai seorang gadis Utara.

“Loghat utara saya juga dipuji… Nasiblah ada kelebihan kerana bapa dan datuk berasal dari Pulau Pinang, jadi tidaklah kekok.

“Saya sangat berterima kasih kepada peminat yang memberi komen dan pandangan positif,” tambahnya.

Sebelum ini, penonton hanya mengenali dirinya sebagai Eyra sahaja, tetapi selepas drama berkenaan, ramai peminat menegurnya dengan nama watak ‘Nisa’ kerana menggemari gaya lakonannya itu.

“Lucunya ada yang menyapa dengan loghat utara sama seperti dialog saya dalam drama berkenaan,” ujarnya lagi.


Dalam masa yang sama, selepas bakatnya mula terserlah, pemenang anugerah Pelakon Kanak-Kanak Terbaik di Anugerah Sri Angkasa 2010 itu turut memberitahu bahawa ramai pengarah dan penerbit tempatan mula menyedari bakatnya itu.

Eyra telah menceburi bidang seni semenjak kecil lagi iaitu pada usianya baru menjangkau sembilan tahun.

“Rata-rata ramai tidak sangka saya boleh membawa watak seperti Nisa. Ramai yang mula memandang bakat saya biarpun sudah mula berlakon sejak kanak-kanak.

“Namun, saya bersyukur biarpun lambat mendapat perhatian. Setiap orang ada laluan dan cara tersendiri dalam hidup serta kerjaya,” katanya.

Beberapa hari lalu, media tempatan ada menyiarkan berita tentang hubungannya bersama dengan pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Haziq Nasli, 20.

Namun, sebagai anak seni yang sedang meningkat naik, Eyra tidak mahu mengulas panjang mengenai hubungan mereka kerana baginya usianya masih terlalu muda jika ingin berbincara tentang hal percintaan.

Bagaimanapun, gadis kelahiran ibu kota Kuala Lumpur itu juga hanya mahu hubungan mereka menjadi tanda tanya walaupun kedua-duanya sering memuat naik gambar bersama. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori