• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kompleks Wanita, Kanak-Kanak Kajang Siap 2021

oleh Ahmad Albab
16/04/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAJANG – Pembinaan Kompleks Wanita dan Kanak-Kanak, yang merupakan sebahagian daripada projek menaik taraf Hospital Kajang dijangka siap pada 2021 dengan kos pembinaan RM304.5 juta, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berharap pembinaan bangunan tambahan itu dapat mengurangkan kesesakan pesakit di hospital yang telah berusia 129 tahun itu.

Menerusi lawatan mengejutnya ke Hospital Kajang pada 2015, tanpa pengetahuan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S.Subramaniam, Najib berkata beliau dapat melihat sendiri keadaan sebenar hospital tersebut.

“Apabila buat cara sebegini (lawatan mengejut), saya dapat lihat keadaan sebenar, bukan keadaan yang disusun semasa dilawat perdana menteri. Keadaan bangunan pun telah uzur.

“Bererti bangunan seperti ini perlu dilakukan tokok tambah gantian. Saya minta jika boleh dipercepatkan siap adalah lebih baik,” katanya berucap melancarkan majlis pecah tanah Projek Naik Taraf Hospital Kajang (Kompleks Wanita dan Kanak-Kanak) di sini hari ini.

Kompleks Wanita dan Kanak-Kanak itu dibina dengan jarak 800 meter daripada tapak hospital sedia ada melibatkan 272 katil, 14 bilik bersalin, enam bilik bedah serta kemudahan klinik pakar dan pusat rawatan harian.

Najib berkata kelulusan projek menaik taraf Hospital Kajang itu diumumkan dalam Bajet 2016 yang akan memberi manfaat kepada hampir 1.2 juta penduduk Kajang dan sekitar Hulu Langat.

“Inilah Langkah Kajang Barisan Nasional yang boleh memanfaatkan rakyat. Bukan sahaja hospital, malah MRT (Transit Aliran Masa) dari Sungai Buloh ke Kajang sepanjang 51 km,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata perkhidmatan kesihatan yang disediakan di negara ini adalah antara yang terbaik berbanding negara lain.

Malah, perkhidmatan kesihatan di hospital dan klinik kerajaan juga hanya dikenakan bayaran minimum dengan anggaran RM50 untuk kos bersalin serta RM1 untuk perkhidmatan rawatan pesakit luar.

“Selain itu, nisbah satu doktor kepada 400 pesakit juga dijangka tercapai pada 2020 sebagai usaha menambah baik perkhidmatan kita,” katanya.

Hadir sama pada majlis pecah tanah itu adalah Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S.Subramaniam dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Semoga Aidiladha Kali Ini Hadir Bersama Khabar Baik – Nazif Najib

Semoga Aidiladha Kali Ini Hadir Bersama Khabar Baik – Nazif Najib

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Desas-desus kemungkinan pembebasan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semakin bertiup kencang susulan satu hantaran...

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd