• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terus Perkasakan Sekolah Pondok, SMAR Di Kelantan

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR PUTEH – Kerajaan Persekutuan terus memperkasakan 38 sekolah pondok dan 40 sekolah menengah agama rakyat (SMAR) di Kelantan melalui peruntukan sebanyak RM8.6 juta yang telah diluluskan sebelum ini untuk tahun ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata peruntukan itu adalah sebahagian daripada RM25 juta yang diperuntukkan bagi membantu sekolah-sekolah pondok dan SMAR di seluruh negara tahun ini.

“Kelantan merupakan salah sebuah negeri yang terbesar menerima bantuan itu walaupun ia di bawah pemerintahan parti pembangkang.

“Ini membuktikan Kerajaan Persekutuan tidak meminggirkan Kelantan dan tidak menyampingkan sistem pendidikan tradisional malah terus memperkasakannya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pemantapan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan Majlis Penyampaian Cek Bantuan Sekolah Pondok dan SMAR di Tok Bali di sini, hari ini.

Asyraf Wajdi berkata institusi berkenaan perlu bebas daripada sebarang bentuk campur tangan mana-mana ideologi parti politik supaya mereka dapat mempelopuri agenda perpaduan ummah dan menjurus ke arah Islam yang sederhana.

Mengenai guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), beliau berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan untuk melatih guru-guru berkenaan untuk meningkatkan keupayaan mereka mengajar.

Beliau berkata guru takmir dan imam juga akan diberi latihan supaya mereka boleh membimbing umat Islam ke arah pemantapan akidah.

“Kita tidak mahu umat Islam pada masa hadapan akan mudah dipengaruhi oleh ideologi asing terutama yang bercanggah dengan pendirian Ahli Sunnah Wal Jamaah,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hospital Mara Bukan Perkauman – Asyraf Wajdi

Hospital Mara Bukan Perkauman – Asyraf Wajdi

01/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mempersoalkan tindakan pihak tertentu mengaitkan cadangan mewujudkan...

Asyraf Wajdi Cadang MRSM Dinamakan Sempena Pengasas, Pencetus Idea Abdul Wahab Alwi

Asyraf Wajdi Cadang MRSM Dinamakan Sempena Pengasas, Pencetus Idea Abdul Wahab Alwi

26/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki bercadang mengemukakan cadangan kepada Menteri Kemajuan Desa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd