• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, October 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Ada Pelan Tindakan Pembangunan Sarawak

oleh Ahmad Albab
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARUDI – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan pusat mempunyai pelan tindakan komprehensif untuk terus membangunkan Sarawak kerana potensi besar yang dimiliki negeri ini.

Kerajaan ingin Sarawak terus maju kerana potensi pembangunannya amat luas dan ini dipermudah dengan hubungan amat baik antara beliau, Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, kerajaan pusat dan kerajaan negeri, kata perdana menteri.

“Apabila saya datang ke Sarawak, saya tidak datang dengan tangan kosong. Saya telah curahkan peruntukan tambahan kepada negeri ini dalam setiap walkabout (sepanjang sembilan tahun sebagai perdana menteri) sehinggakan Timbalan Ketua Menteri (Datuk Amar Douglas Uggah Embas) beritahu jumlah keseluruhan yang sudah diluluskan untuk semua walkabout itu ialah RM4.3 bilion,” katanya.

Najib berkata kerana hasratnya yang mendalam untuk memastikan pembangunan Sarawak dilaksanakan, sepanjang tempoh sembilan tahun ini, beliau sudah melawat Sarawak sebanyak 60 kali melibatkan 161 program di seluruh negeri.

Beliau berkata demikian dalam ucapan Majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Majlis Pelancaran Jambatan Marudi di Dataran Terbuka Marudi di sini hari ini.

Turut hadir Abang Johari, Timbalan Ketua Menteri Uggah dan Tan Sri James Jemut Masing, Anggota Parlimen Baram Anyi Ngau dan Anggota Dewan Undangan Marudi, Datuk Dr Penguang Manggil.

Menariknya rekod kehadiran Najib di Sarawak sentiasa dicatatkan oleh bekas Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Alfred Jabu Numpang dan kini diteruskan oleh Uggah.

Sementara itu, Najib berkata pembinaan Jambatan Marudi bernilai RM84 juta berkenaan bakal memberi manfaat kepada kira-kira 27,000 penduduk.

Jambatan ini akan memendekkan tempoh perjalanan, satu perubahan besar yang sepatutnya sudah lama dibuat, katanya. – BERNAMA

Tags: Abang Johari Tun Opengsarawak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Agong, Raja Permaisuri Agong Zahir Ucapan Takziah Kepada Keluarga Mangsa Helikopter Terhempas

Agong, Raja Permaisuri Agong Zahir Ucapan Takziah Kepada Keluarga Mangsa Helikopter Terhempas

09/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga...

Asap Jerebu Sarawak Datang Dari Mana?

Asap Jerebu Sarawak Datang Dari Mana?

23/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan dari mana datangnya asap tebal yang menyebabkan sebahagian besar Sarawak diselubungi jerebu sejak beberapa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd