• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khidmat Terbaik Kepada Rakyat Calon BN Melaka

oleh Ahmad Albab
23/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Mampu memberikan khidmat yang terbaik kepada rakyat merupakan kriteria utama bagi memilih calo-calon Barisan Nasional (BN) Melaka yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Pengerusi BN Melaka Datuk Seri Idris Haron berkata 34 calon yang dipilih kepimpinan tertinggi BN untuk bertanding di 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan enam kerusi Parlimen mempunyai rekod baik dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat.

“Mereka yang dipilih bukan calang-calang orang, mereka punya rekod perkhidmatan baik kepada rakyat. Jadi, dengan mengambil kira pengalaman, kebolehan dan kelayakan masing-masing, kita putuskan mereka yang terbaik kita letak sebagai calon di 28 kerusi DUN dan enam kerusi Parlimen.

“Calon ini boleh memberi saingan hebat juga mampu menang dengan bergaya pada PRU14,” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan calon-calon BN Melaka di Seri Bendahara di sini, hari ini.

Pada pengumuman senaraib calon BN itu, Idris memberitahu beliau akan mempertahan kerusi DUN Sungai Udang manakala Ketua Pergerakan Puteri UMNO Datuk Mas Emieyati Samsuddin akan mempertahan kerusi Parlimen Masjid Tanah.

Ditanya tentang pertukaran kerusi dua wakil rakyat ke DUN, Idris berkata pertukaran itu dibuat berdasarkan pengalaman dan kepakaran calon selain demi keperluan parti bagi memastikan kemenangan BN pada PRU14.

Beliau berkata Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah bertukar kerusi daripada Parlimen Tangga Batu ke DUN Paya Rumput kerana Abu Bakar amat mengetahui keperluan rakyat di DUN berkenaan.

“Beliau ke DUN kerana tahu keperluan peringkat DUN. Kita ukur kekuatan pembangkang, kita mesti bijak mengatur calon jika kita letak sebarang calon untuk berlawan dengan pembangkang kita tidak nampak bijak

“…(Abu Bakar) jadi calon terbaik DUN Paya Rumput untuk berhadapan dengan calon pembangkang yang dengarnya bekas pemimpin UMNO,” katanya.

PPBM sebelum ini mengumumkan Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi parti itu Mohd Rafiq Naizamohideen yang juga bekas Exco Pergerakan Pemuda UMNO sebagai calon yang mewakili Pakatan Harapan.

Penyandang Parlimen Alor Gajah Datuk Koh Nai Kwang pula akan bertanding di DUN Machap Jaya manakala kerusi Parlimen berkenaan akan ditandingi Setiausaha Politik Perdana Menteri Wong Nai Chee.

Mengulas mengenai bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Mohd Ali Rustam yang dicalon semula bertanding di kawasan Parlimen Hang Tuah Jaya, Idris berkata pencalonan itu dibuat kerana kecemerlangan Mohd Ali membantu rakyat di kawasan itu walaupun tewas pada PRU13.

“Saya melihat karakter yang tidak dapat direputkan oleh hujan dan panas iaitu membela nasib rakyat sebati dengan beliau, dan apabila kalah pada PRU13, kita lihat beliau masih teruskan perkhidmatan kepada rakyat yang saya saksikan sendiri.

“Pemilih melihat beliau tidak dapat dipisahkan daripada membantu rakyat dengan pengundi itu menghadapi masalah wakil rakyat yang tidak nampak bertahun lamanya…ini suatu pelik kerana yang menang tinggalkan kawasan manakala yang kalah bekerja.

“Atas sifat itu, beliau wajar diberikan peluang membela nasib rakyat di Parlimen Hang Tuah Jaya,” katanya. – BERNAMA

Tags: BN MelakaDatuk Seri Idris Haron
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rauf Dilaporkan Bertanding Di Kawasan Terkuat BN

05/11/2021
0

Pengerusi Umno Melaka Ab Rauf Yusoh dijangka membuat penampilan sulung sebagai calon pilihan raya pada bulan ini. Menurut laporan Utusan...

PH Adalah Punca Kerajaan Melaka Tumbang

27/10/2021
0

Daripada 4 orang ADUN yang tumbangkan kerajaan Melaka termasuk 2 orang UMNO, seorang dari PPBM-PH dan seorang bekas DAP-PH.

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd