• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Khidmat Apandi Ali Disambung 3 Tahun Lagi

oleh Ahmad Albab
10/04/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perkhidmatan Tan Sri Mohamed Apandi Ali sebagai Peguam Negara telah dilanjutkan tiga tahun lagi sehingga 2021.

Mohamed Apandi, 68, berkata penggal kedua perhidmatannya akan berkuatkuasa sejurus tamat penggal pertamanya pada 27 Julai 2018.

“Penggal baharu ini akan tamat pada 27 Julai, 2012,” katanya menerusi pesanan WhatsApp ketika diminta mengesahkan pelanjutan perkhidmatannya itu.

Ditanya perasaannnya setelah kerajaan bersetuju melanjutkan perkhidmatannya Mohamed Apandi berikrar akan mempastikan kedaulatan undang-undang di negara ini dan ke arah itu beliau akan bekerjasama rapat dengan mereka yang berkepentingan dalam menegakkan keadilan bagi keamanan dan keharmonian negara.

Mohamed Apandi yang berasal dari Kelantan dilantik sebagai Peguam Negara pada 27 Julai 2015 menggantikan Tan Sri Abdul Ghani Patail yang perkhidmatannya ditamatkan atas sebab kesihatan.

Beliau menerima Bachelors of Law daripada University of London pada 1972 dan setahun kemudian memperolehi barrister-at-law daripada the Inner Temple, London.

Mohamed Apandi memulakan karier sebagai majistret di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pada 1973 dan pada 1975, beliau dilantik sebagai Pengarah Biro Bantuan Guaman di Kota Bharu Kelantan.

Beliau merupakan Hakim Mahkamah Persekutuan sebelum dilantik sebagai Peguam Negara.

Setelah dilantik sebagai Peguam Negara , penampilan pertama Mohamed Apandi di mahkamah ialah pada 30 Jun 2016 apabila beliau mengetuai pasukan pendakwa dalam kes rasuah melibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan ahli perniagaan wanita Phang Li Koon di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

Beliau juga mengetuai pasukan dalam rayuan kerajaan terhadap keputusan mahkamah yang mengisytiharkan Seksyen 3(3) Akta Hasutan 1948 sebagi tidak berperlembagaan dalam kes Anggota Dewan Undangan Negeri Selangor kawasan Sri Muda Shuhaimi di Mahkamah Persekutuan pada 22 Februari 2017. – BERNAMA

Tags: Peguam NegaraTan Sri Mohamed Apandi Ali
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Peguam Negara Arah Terus Rayuan Kes Syed Saddiq, Terima Apa Jua Keputusan Akhir Mahkamah Persekutuan

Peguam Negara Arah Terus Rayuan Kes Syed Saddiq, Terima Apa Jua Keputusan Akhir Mahkamah Persekutuan

17/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Peguam Negara mengarahkan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada sabitan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd