• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kesatuan Sekerja Diminta Guna Pakai PLWS

oleh AK-47
11/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Kesatuan sekerja diminta mengguna pakai Sistem Upah Yang Dikaitkan Dengan Produktiviti (PLWS) untuk meningkatkan pendapatan pekerja yang berprestasi baik.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata pelaksanaan PLWS akan memberi kesan positif kepada majikan dan pekerja.

“Melalui sistem ini pekerja yang mempamerkan prestasi kerja cemerlang akan menerima upah setimpal, sekali gus meningkatkan motivasi dan produktiviti mereka. Sehubungan itu, saya meminta semua kesatuan sekerja di seluruh negara menggunakan PLWS, selaras dengan agenda nasional untuk menjadikan Malaysia negara berpendapatan tinggi.

“Bagi pihak majikan pula, pelaksanaan PLWS ini dapat membantu meningkatkan daya pengeluaran dan keuntungan syarikat,” katanya ketika berucap merasmikan program Wacana Minda ‘Memupuk Kehormanian Perusahaan Melalui PLWS’ anjuran Jabatan Perhubungan Perusahaan dan Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja di sini hari ini.

Seramai lebih 300 anggota kesatuan sekerja yang terdiri daripada pemimpin tertinggi kesatuan kebangsaan menyertai program itu.

Pelaksanaan PLWS dimulakan pada 1 Ogos 1996 apabila Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan (NLAC) yang terdiri daripada Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia, Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia dan Kementerian Sumber Manusia bersetuju mewujudkan Garis Panduan Sistem Reformasi Gaji.

Ia digunakan sebagai garis panduan kepada majikan dan pekerja serta kesatuan sekerja untuk merumuskan jenis sistem reformasi gaji yang bersesuaian dengan kepentingan dan persekitaran syarikat masing-masing.

Sementara itu, Ismail berkata tindakan majikan yang memberi cuti tambahan kepada pekerja untuk pulang ke kawasan mengundi masing-masing pada 9 Mei merupakan tindakan yang betul.

“Majikan tidak seharusnya menyekat pekerja untuk pulang mengundi dalam menunaikan tanggungjawab mereka kepada negara walaupun ia akan mengurangkan produktiviti akibat kekurangan tenaga kerja,” katanya.

Semalam, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Mohd Hashim Abdullah mengumumkan hari pengundian bagi PRU14 pada 9 Mei, tarikh penamaan calon 28 April dan tarikh pengundian awal pada 5 Mei. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Ismail Abd Muttalib
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Anggota UMNO Perlu Kembali Kepada Semangat Perjuangan

30/06/2018
0

MARAN - UMNO sukar untuk ditewaskan jika setiap anggotanya mengamalkan prinsip persaudaraan dan kesetiaan seperti semangat perjuangan menentang Malayan Union...

Gaji Minimum Mengikut Wilayah & Sosioekonomi

01/11/2017
0

KUALA LUMPUR - Penetapan kadar gaji minimum ketika ini ditetapkan mengikut wilayah dengan mengambil kira faktor sosioekonomi yang berbeza antara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd