• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gaji Minimum Mengikut Wilayah & Sosioekonomi

oleh AK-47
01/11/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penetapan kadar gaji minimum ketika ini ditetapkan mengikut wilayah dengan mengambil kira faktor sosioekonomi yang berbeza antara Semenanjung Malaysia, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abd Muttalib berkata ia tertakluk di bawah Seksyen 22 (1) Akta Majlis Perundingan Gaji Negara yang memperuntukkan bahawa kadar gaji minimum yang disyorkan adalah mengikut sektor, jenis pekerjaan dan kawasan wilayah sahaja.

“Jika kadar gaji minimum berbeza ditetapkan mengikut kawasan bandar dan luar bandar ia dikhuatiri penguatkuasaan kelak akan menjadi sukar dan boleh menyebabkan perpindahan pekerja dari luar bandar ke bandar berikutan gaji minimum yang lebih tinggi di kawasan bandar,” katanya pada sesi pertanyaan jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Hasbullah Osman (BN-Gerik) yang ingin tahu sama ada kementerian membuat kajian semula keseimbangan antara skim gaji rakyat Malaysia bagi sektor swasta dan industri dengan kenaikan kos sara hidup terutama bagi penduduk yang tinggal di kawasan bandar.

Ismail berkata bagi meningkatkan pendapatan rakyat selaras dengan hasrat kerajaan menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020, kerajaan akan mengkaji semula Perintah Gaji Minimum sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh dua tahun selaras dengan peruntukan akta tersebut.

Beliau berkata kerajaan baru sahaja selesai membuat kajian semula Perintah Gaji Minimum dan bersetuju untuk menaikkan kadar gaji minimum daripada RM900 sebulan kepada RM1,000 sebulan di Semenanjung Malaysia manakala daripada RM800 sebulan kepada RM920 sebulan di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan mulai 1 Julai tahun lalu.

Justeru katanya, kajian semula terhadap kadar gaji minimum pada masa akan datang adalah pada 2018.

“Kerajaan mengambil kira pandangan semua pihak melalui pendekatan berhemah iaitu ‘balanced approach’ bagi mengimbangi kepentingan majikan, pekerja dan kerajaan agar sebarang keputusan tidak akan membebankan majikan hingga memberi kesan kepada pekerja,” katanya. -BERNAMA

Tags: Datuk Seri Ismail Abd MuttalibGaji
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan berhati-hati dalam mentafsir kategori T20 atau...

Potong Gaji Ahli Parlimen Dan ADUN, Rasai Apa Rakyat Rasa – Akmal

Potong Gaji Ahli Parlimen Dan ADUN, Rasai Apa Rakyat Rasa – Akmal

28/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan dicadangkan memotong gaji semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketua Pemuda UMNO, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd