• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Buli Di Sekolah Menurun – Kamalanathan

oleh Ahmad Albab
03/04/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kes buli di sekolah menurun kepada 2,795 pada 2017 berbanding 3,448 kes pada 2016, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan.

Beliau berkata penurunan itu antaranya disebabkan usaha pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di sekolah-sekolah berisiko tinggi.

“Namun, kita di pihak kementerian belum gembira lagi, kita tidak boleh mendabik dada katakan kita dah berjaya, penglibatan dan kerjasama pelbagai pihak akan lebih membantu mewujudkan keadaan sifar buli,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan William Leong Jee Keen (PKR-Selayang) mengenai perkembangan terkini pemasangan CCTV di sekolah ‘hotspot’ yang dikenal pasti mempunyai rekod masalah displin bagi memantau perbuatan jenayah dan mengawal keselamatan pelajar di sekolah.

Kamalanathan berkata berdasarkan kontrak semasa di bawah Skop Kontrak Perkhidmatan Kawalan Keselamatan Kementerian Pendidikan Malaysia, sebanyak lapan kamera dan dua monitor CCTV dipasang di setiap sekolah berisiko tinggi.

Beliau berkata ia melibatkan pemasangan CCTV di tiga lokasi wajib di sekolah iaitu pintu masuk utama, dalam pondok pengawal dan depan pintu masuk pejabat pentadbiran serta selebihnya dipasang berdasarkan lokasi ditentukan pentadbir sekolah seperti makmal sains dan teknologi maklumat, bengkel, stor alat tulis dan dewan makan.

Bagaimanapun, katanya, pemasangan CCTV perlu dilakukan di kawasan sesuai serta tidak bertentangan dengan hak kebebasan dan privasi murid serta guru. – BERNAMA

Tags: kes buliSekolah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Aminuddin Buat Lawatan Rasmi Ke Sekolah, Teruskan Tugas MB Negeri Sembilan

Aminuddin Buat Lawatan Rasmi Ke Sekolah, Teruskan Tugas MB Negeri Sembilan

28/04/2026
0

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun meneruskan tugas rasmi beliau walaupun berdepan dakwaan kehilangan sokongan majoriti...

Tiada Kompromi Isu Keselamatan Murid, Warga Sekolah – Fadhlina

Tiada Kompromi Isu Keselamatan Murid, Warga Sekolah – Fadhlina

22/01/2026
0

SHAH ALAM - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor sedang melaksanakan siasatan dalaman berhubung kejadian murid cedera ditampar di sebuah sekolah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd