Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

3 Mayat Mangsa Banjir...

SANDAKAN - Tiga mayat dipercayai mangsa banjir lumpur akibat kejadian tanah runtuh di...

Pengurus Besar PPK Rompin...

KUANTAN - Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Rompin hari ini mengaku tidak...

Sebutan Kes Ahli Politik...

KOTA KINABALU - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan sebutan untuk kes...

Pekerja Asing Tanpa Permit...

KUALA LUMPUR - Pekerja asing tanpa permit kerja sah di negara ini mungkin...

Kerajaan Lulus Bangunan Tambahan Hospital Segamat

SEGAMAT – Kerajaan Barisan Nasional (BN) telah meluluskan peruntukan sebanyak RM90.5 juta bagi membina bangunan tambahan di Hospital Pakar Segamat.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata pembinaan bangunan tambahan itu bagi memenuhi keperluan hospital yang kini menawarkan sebanyak 18 jenis kepakaran kesihatan kepada orang ramai.

“Antara kepakaran yang terdapat di Hospital Pakar Segamat adalah meliputi kepakaran perubatan am, pembedahan, ortopedik, pediatrik, psikiatri, anestesiologi, radiologi, nefrologi, neurologi, respiratori dan lain-lain,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis pecah tanah bangunan tambahan Hospital Pakar Segamat dan pengisytiharan Hospital Segamat sebagai Hospital Pakar di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis itu Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat dan Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan, Datuk Seri Chen Chaw Min.

Dr Subramaniam berkata bangunan tambahan itu meliputi lima ruang (bay) Zon Merah, 12 ruang Zon Kuning, enam bilik Zon Hijau, empat ruang asma, 12 katil di bilik pemerhatian Jabatan Kecemasan dan Trauma, 18 katil Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 12 katil Unit Rawatan Separa Rapi (HDU).

Selain itu, terdapat empat bilik bedah, Jabatan Bekalan Steril Berpusat (CSSD) dan Respiratory Haemodynamics.

Beliau berkata pembinaan bangunan tersebut akan bermula sekarang dan dijangka siap dalam masa dua tahun lagi.

“Dengan adanya kemudahan baharu ini, masyarakat Segamat tidak perlu lagi ke Johor Bahru atau Muar bagi mendapat rawatan daripada doktor pakar. Ini adalah bukti keprihatinan kerajaan kepada rakyat dalam memberi perkhidmatan kesihatan yang lebih baik,” katanya.


Dr Subramaniam berkata dengan tambahan empat buah bilik bedah nanti, pesakit tidak perlu menunggu lama bagi mendapat rawatan daripada doktor pakar berbanding sebelum ini apabila hospital menghadapi masalah kekurangan bilik bedah dan wad ICU serta HDU.

Sementara itu, Ayub berkata projek menaik taraf Hospital Segamat adalah usaha gigih wakil rakyat kawasan ini dalam meningkatkan taraf kesihatan masyarakat di sini.

“Saya harap masyarakat Segamat melihat usaha yang dilakukan oleh kerajaan BN ini pada kaca mata lebah yang melihat madu dengan kebaikan dan tidak melihatnya dengan kaca mata lalat yang hanya melihat perkara buruk walaupun ia sebenarnya baik,” katanya.

Beliau turut menyeru kepada masyarakat Segamat agar terus memberi sokongan kepada kerajaan agar dapat meneruskan program pembangunan di Parlimen ini.

Ayub berkata usaha tersebut dilakukan sebelum pilihan raya umum (PRU) ke-13 dan bukanya gula-gula PRU seperti mana yang didakwa oleh pihak pembangkang.

“Mereka (pihak pembangkang) hanya pandai bercakap kosong namun tiada apa yang disumbangkan oleh mereka, rakyat nilailah sendiri apa usaha pembangunan yang dilakukan oleh wakil rakyat DAP di Jementah…apa yang dia buat untuk pengundi Jementah,” katanya. – BERNAMA

Kategori