Wednesday, July 24, 2024

Creating liberating content

BN Terengganu Hantar Jentera...

KUALA TERENGGANU - Barisan Nasional (BN) Terengganu akan memberi tumpuan bagi membantu memenangi...

Ini Ke Calon-Calon Parti...

SATU senarai calon-calon DAP kerusi negeri Selangor yang tersebar menjelang Pilihan Raya Umum...

Ayah Pin ‘Kerajaan Langit’...

TERENGGANU - Pemimpin ajaran sesat 'Kerajaan Langit', Ariffin Muhamad atau Ayah Pin, 74,...

Cerita Kiswah Kelambu Kaabah...

MAKKAH - Ramai pernah melihatnya. Namun tidak ramai tahu perinciannya. Itulah kain kiswah...

Kerajaan Filipina Larang Rakyatnya Bekerja Di Kuwait

MANILA – Larangan sementara yang dikenakan ke atas rak­yat Filipina untuk bekerja di Kuwait Februrari lalu telah menjadi kekal ekoran kenyataan yang diumumkan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte.

Menurut akhbar tempatan, Duterte telah melarang semua rakyatnya bekerja di Kuwait ketika beliau berada di bandar Davao semalam.

“Larangan sementara kini menjadi kekal. Tidak akan ada lagi pengambilan pekerja terutama­nya pembantu rumah. Tiada lagi,” katanya.

Kes pembunuhan seorang pembantu rumah Filipina yang mayatnya ditemui dalam peti sejuk di sebuah pangsapuri di negara Arab itu Februari lalu menjadi pencetus kerenggangan hubungan dua negara ini.

Duterte memegang koleksi gambar kesan penderaan ke atas seorang pembantu rumah warga Filipina di Kuwait pada 9 Februari lalu.

Lebih memburukkan lagi apabila pihak berkuasa Kuwait mengarahkan duta Filipina meninggalkan negara itu minggu lalu.

Arahan tersebut berikutan daripada rakaman video menunjukkan sebilangan kakitangan pejabat kedutaan Filipina membantu pekerja-pekerja senegaranya di Kuwait melarikan diri daripada majikan yang dipercayai melakukan penderaan.

Kenyataan maaf telah dikeluarkan oleh Filipina berikutan isu tersebut namun Kuwait mengumumkan pihaknya akan mengusir duta Manila dan memanggil balik duta mereka di negara kepualauan itu.


Hal yang sama turut dilakukan Duterte dengan me­minta rakyatnya di negara Teluk itu supaya pulang ke Filipina dan menggelar Kuwait sebagai ‘malapetaka’ kelmarin.

Keputusan itu dilihat bakal memburukkan lagi perbalahan diplomatik antara Filipina dan Kuwait susulan isu layanan buruk ke atas pekerja imigran di negara Teluk itu.

Direkodkan sebanyak 262,000 warga Fili­pina bekerja di Kuwait dengan hampir 60 peratus merupakan pembantu rumah. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Kategori