• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Bakal Bina Kompleks Silat Negara

oleh AK-47
01/04/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR- Kerajaan bakal menyumbang bagi pembinaan sebuah mercu tanda dunia persilatan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa yang dikenali sebagai Kompleks Silat Negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pembinaan kompleks tersebut amat wajar oleh kerana silat merupakan seni mempertahankan diri rasmi negara.

“Martabat silat mesti kita julang dan tidak boleh hanya dengan sebutan sahaja tetapi hendaklah menerusi perlambangan juga.

“Saya bagi pihak kerajaan bersetuju untuk menyumbang kepada pembinaan Kompleks Silat Negara yang mana lokasinya akan ditentu dan dirundingkan kemudian,” katanya dalam ucapan beliau semasa majlis Himpunan Raksasa Guru-Guru Silat Negara 2018 anjuran Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) di Lapangan Tanah Gombak, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Pusu, Gombak, di sini, hari ini.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Presiden Pesaka, Tan Sri Mohd. Ali Rustam dan Setiausaha Agung Pesaka, Datuk Megat Zulkarnain Omardin.

Dalam pada itu, kerajaan juga meluluskan geran tahunan kepada Pesaka bagi menapung pelaksanaan aktiviti dan kegiatan persilatan negara.-MYNEWSHUB.CC

 

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razaksilat
Share200Tweet125SendShare

Related Posts

Pembebasan Najib ‘Garis Merah’ DAP?

Pembebasan Najib ‘Garis Merah’ DAP?

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Para perwakilan DAP perlu dijelaskan bahawa sekiranya mereka memilih untuk parti itu kekal dalam kerajaan pada Ahad...

Nazifuddin Terharu Rakyat Negeri Sembilan Simpan Gambar Bekas PM Najib

Nazifuddin Terharu Rakyat Negeri Sembilan Simpan Gambar Bekas PM Najib

27/07/2026
0

SEREMBAN – Anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Nazifuddin Najib berkata jasa seseorang pemimpin tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd