Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Wakili Dua Kawasan Bukan...

SUNGAI BESAR - Mewakili dua kawasan sebagai wakil rakyat bukan satu isu yang...

Salman Khan Bebas Hukuman...

MUMBAI - Demi memastikan industri perfileman Bollywood tidak terjejas, sebuah mahkamah India melepaskan...

WhatTheFont, Memudahkan Anda Kenali...

JIKA anda terlihat sebuah tulisan yang cantik di web dan anda ingin mengetahui...

Bapa Cuai, Anak Terkunci...

Slim River - Seorang lelaki cemas selepas anak perempuannya berusia tiga tahun terperangkap...

Kempen DAP Eksploit Wanita Muda Melayu

BUKAN sahaja cauvinis, tapi juga seksis dan eksploitatif. Inilah sikap sebenar DAP yang sejak beberapa tahun kebelakangan ini menggunakan gadis-gadis muda Melayu sebagai bahan kempen pemasarannya.

Kempen ini ditujukan pada orang Melayu, terutama anak muda Melayu anti-establishment yang sedang mahu melawan.

Ramai daripada mereka diajak bersama DAP semasa di universiti melalui pelbagai program yang pada mulanya tidak menampakkan imej DAP.

Anak muda ini diajak bersama program DAP seperti Sekolah Demokrasi dan didoktrinkan dengan fahaman liberal yang menyokong DAP dan menentang kuat Melayu.

Penggunaan gadis-gadis Melayu ini ialah eksploitasi wanita oleh DAP walaupun mereka mendakwa gadis-gadis ini bebas bertindak atas fikiran sendiri.

Sebenarnya, mereka dipergunakan dan diperdaya untuk kekal bersama DAP dengan tujuan melunakkan imej cauvinis Cina DAP.

DAP mahu menunjukkan kepada orang Melayu mereka ada ahli orang Melayu, gadis Melayu, dan gadis Melayu bertudung malah ada yang berpurdah!

Ini boleh membuatkan orang terfikir, “Kalau mereka yang bertudung dan berpendidikan begini boleh sertai DAP, takkanlah DAP ini teruk sangat.”

DAP yang kononnya liberal dan menghormati wanita ini sebenarnya hanya melakukan apa yang perlu mengikut kepentingan politik.

Fahaman mereka tentang hak wanita seperti yang mereka tiru dari Barat itu pun bercelaru dan diikut mana yang mereka mahu sahaja.

Media mereka sendiri, Roketkini dikecam kerana menggunakan istilah “awek cun” dalam menyifatkan gadis melayu muda yang menyertai DAP.

Kalau betul mereka liberal seperti yang katanya diikut dari Barat itu, mereka tidak akan menggunakan istilah yang menjadikan wanita objek itu.

Kemudian, selepas meminta maaf dan menarik balik penggunaan istilah awek cun itu, Dyana telah bergambar dalam keadaan seksi dalam sebuah majalah.

Apa lagi tujuan bergambar begitu kalau bukan untuk tujuan memasarkan diri, mengeksploit diri.


Walaupun dilapik dengan kononnya untuk “good cause,” dalam budaya Melayu malah Malaysia secara umumnya, tapi hakikatnya dia membenarkan diri dieksploit.

Dyana juga dieskploit untuk menunjukkan DAP sedia mencalonkan Melayu untuk kerusi Parlimen apabila meletakkannya bertanding di Teluk Intan dalam pilihan raya kecil tahun 2014.

Lawan Dyana ialah Datuk Seri Mah Siew Keong, presiden Gerakan, yang jauh lebih besar dalam kedudukan politik.

DAP hantar Melayu lawan Cina? DAP hendak jadikan Melayu ahli Parlimennya? DAP sedia kalahkan seorang Cina dan beri kerusinya kepada Melayu?

Jawapannya, ini semua hanya drama. DAP tahu orang Cina tidak akan memberi undi kepada Melayu.

Malah, dikhabarkan juga DAP telah “kawtim” dengan Gerakan untuk memberikan kemenangan kepada presidennya itu.

Mah kemudian dilantik sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, menambah wakil Cina dalam kabinet selepas ramai wakil MCA ditewaskan oleh DAP.

Apa lagi bukti yang diperlukan untuk membuktkan yang DAP hanya mempergunakan Melayu untuk kepentingan Cinanya, dan ramai Cina dalam DAP pun mendakwa kepentingan paling besar ialah kepentingan keluarga Lim.

Kalau ada pun Melayu dalam DAP yang naik hingga ke tahap pemimpin tertinggi, kemungkinan besar Melayu itu sudah tidak mewakili Melayu dan tidak lagi berbudaya Melayu.

Melayu liberal seperti Datuk Zaid Ibrahim pun boleh kecewa akhirnya hingga berang dan mengatakan DAP ialah sebuah parti Cina.

Dalam pilihan raya kali ini, salah seorang daripada hanya sebilangan kecil Melayu yang dicalonkan ialah seorang cucu komunis, yang telah mengakui kagum dan mengidolakan perjuangan komunis neneknya. – Mynewshub.cc

  • Lagi berita berkaitan:
  • DAP

Kategori