• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kemajuan MRT Laluan SSP Melepasi 24 Peratus Siap

oleh Ahmad Albab
24/04/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Projek Transit Aliran Massa (MRT) bagi laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya (SSP) mencatat kemajuan yang memberangsangkan apabila kerja-kerja pembinaan bagi keseluruhan projek itu adalah mengikut jadual dengan melepasi 24 peratus telah siap.

Pengarah Komunikasi Strategik dan Perhubungan Pihak Berkepentingan Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. (MRT Corp), Datuk Najmuddin Abdullah, berkata tahap kemajuan laluan itu adalah petanda baik bagi memastikan projek berkenaan siap mengikut jadual ditetapkan.

“Secara keseluruhan, kemajuan projek sudah melepasi 24 peratus dan kita berada beberapa minggu lebih awal dari jadual asal.

“Ini adalah satu petanda baik bagi sebuah projek besar dan adalah penting pada peringkat awal untuk kemajuan projek berada lebih awal daripada jadual kerana kita tidak tahu apa cabaran yang akan menanti,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan demonstrasi operasi pemadaman kebakaran dan menyelamat di tapak pembinaan stesen MRT Bandar Malaysia, berhampiran Sungai Besi di sini, hari ini.

Menurutnya berdasarkan perkembangan kerja-kerja pembinaan semasa, diyakini projek dianggar bernilai RM32 bilion itu dapat disiapkan tepat mengikut garis masa yang ditetapkan sama seperti projek MRT bagi laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK).

Berhubung demonstrasi tahap keselamatan stesen MRT itu, Najimuddin berkata operasi kerja-kerja penyelamatan itu berjalan lancar dan memberikan keyakinan kepada masyarakat terhadap keupayaan pasukan kecemasan MMC Gamuda KVMRT (T) Sdn. Bhd. (MGKT).

“Pasukan respons kecemasan projek MGKT menggabungkan tiga unit berasingan iaitu pasukan pemadam kebakaran, pasukan respons kecemasan di lokasi dan pasukan respons kecemasan trafik.

“Demonstrasi ini penting untuk menunjukkan tahap kesiapsiagaan kami bagi menghadapi sebarang insiden kecemasan,” katanya.

MRT SSP dijangka siap pada Julai 2022 dan bakal memiliki 35 stesen, termasuk 11 stesen bawah tanah sepanjang 52.2 kilometer (km).

MRT laluan SSP bakal menggunakan sebanyak 12 Mesin Pengorek Terowong Ketumpatan Berubah (VDTBM) bagj kerja pembinaan berkenaan yang turut merangkumi pembinaan stesen yang antaranya berada sehingga 44 meter di bawah tanah. – BERNAMA

Tags: MRT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tambang Percuma MRT Putrajaya Sehingga 31 Mac

Tambang Percuma MRT Putrajaya Sehingga 31 Mac

16/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Khabar gembira untuk rakyat Malaysia khususnya warga kota apabila mereka boleh menikmati tambang percuma bagi Transit Aliran...

MRT Putrajaya Kemudahan Baharu Pengangkutan Awam Ibu Kota

MRT Putrajaya Kemudahan Baharu Pengangkutan Awam Ibu Kota

16/03/2023
0

KUALA LUMPUR : Warga kota kini boleh menikmati perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya fasa 2 yang mula dibuka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd