• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keluarga Minta Jenazah Dibawa Pulang Ke Gaza

oleh Ahmad Albab
22/04/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keluarga pensyarah dan imam warga Palestin Dr. Fadi Mohammed Al Batsh yang mati ditembak di Setapak semalam, merayu agar jenazahnya dibawa pulang untuk dikebumikan di negara kelahirannya.

Menurut Pengurus Besar Organisasi Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Antarabangsa (IESCO), Dr. Mahmoud Shakfa, keluarga Allahyarham telah berpesan supaya perkara itu dibuat bagi membolehkan mereka menatap wajah arwah buat kali terakhir setelah tujuh tahun tidak berjumpa.

“Ayah Dr. Fadi telah menghubungi kami meminta supaya jenazahnya dibawa pulang ke tempat kelahirannya di Jabalia, Gaza. Seluruh keluarganya terutama ibu dan adik-beradiknya ingin menatap wajahnya buat kali terakhir.

“Usaha sedang giat dijalankan melalui kerjasama pihak kedutaan Palestin, Mesir dan juga Malaysia bagi urusan logistik untuk membawa jenazah ke Gaza,” katanya kepada pemberita di Hospital Selayang di sini hari ini. Jenazah kini berada di hospital itu untuk proses bedah siasat.

Difahamkan, abang mangsa dijangka tiba petang ini dari Jerman.

Ditubuhkan pada 2016 sebagai badan bukan berasaskan keuntungan bebas berpangkalan di Malaysia, IESCO bertujuan menyokong dan membangunkan sektor pendidikan, kebudayaan dan saintifik dunia Arab dan Islam amnya, khususnya di kawasan yang kurang bernasib baik.

Sementara itu, Anggota Lembaga Pemegang Amanah Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Dr. Mohd Zin Kandar berharap kerajaan membantu memudahkan urusan membawa pulang jenazah ke Palestin.

Badan itu juga berharap kerajaan Mesir memudahkan proses berkenaan atas dasar kemanusiaan.

“Berdasarkan pengalaman, laluan paling pantas untuk ke Gaza adalah melalui Rafah di sempadan Mesir dan Palestin. Jadi harapan kami ialah supaya semua pihak berkaitan dapat memberi kerjasama penuh,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira 6 pagi semalam, Dr. Fadi ditembak mati ketika berjalan ke surau dekat sebuah kondominium di Jalan Meranti, Setapak, untuk menunaikan solat subuh.

Polis setakat ini tidak mengumumkan identiti mangsa tetapi Kedutaan Palestin di sini berkata mangsa dikenali sebagai Dr. Fadi Mohammed Al Batsh. – BERNAMA

Tags: ditembak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki 27 Tahun Ditembak Mati di Hadapan Rumah Di Klang

Lelaki 27 Tahun Ditembak Mati di Hadapan Rumah Di Klang

01/12/2025
0

  KLANG – Seorang lelaki India berusia 27 tahun maut selepas ditembak di hadapan rumahnya dalam kejadian mengejutkan di Taman...

Lelaki Maut Ditembak Ketika Sedang Makan

Lelaki Maut Ditembak Ketika Sedang Makan

08/01/2025
0

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki yang dikatakan sedang makan bersama rakannya, maut ditembak penyerang bersenjata dalam kejadian di sebuah kawasan bangunan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd