• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kekal Dalam UMNO, Mahu Berkhidmat Kepada Rakyat

oleh Ahmad Albab
29/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi telah memutuskan untuk kekal dalam UMNO bagi membolehkannya terus berkhidmat kepada masyarakat.

Perkembangan terbaharu itu sekali gus mengenepikan desas-desus kononnya beliau akan keluar daripada parti berikutan ketidakpuasan hatinya dalam soal pemilihan calon Barisan Nasional (BN) Johor apabila namanya digugurkan untuk bertanding bagi kerusi Parlimen Batu Pahat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Seperti kenyataan awal, saya bukan menentang perjuangan UMNO tetapi hanya tidak berpuas hati dengan sistem yang dimanipulasi oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

“Oleh itu, buat sementara waktu saya akan terus kekal sebagai Ketua Bahagian UMNO Batu Pahat dan anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO,” kata bekas Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) itu kepada Bernama ketika dihubungi, di sini hari ini.

Mohd Puad berkata dalam tempoh itu, beliau juga akan menjalankan tugas sebagai pemimpin masyarakat bagi membantu mereka yang memerlukan perhatian dan bantuan biarpun belum mempunyai perancangan jelas terhadap pekerjaan yang bakal dilakukan.

“Dari segi pekerjaan saya belum memikirkannya lagi. Saya mahu berehat dan menghabiskan penulisan buku yang terbantut kerana kesibukan. Buku itu yang berjudul ‘Membela Sekolah Pedalaman: 8 Jam Berjalan Kaki’ hampir siap iaitu berkenaan pengalaman saya ketika menjadi Timbalan Menteri Pelajaran dulu,” katanya.

Dalam pada itu, ditanya sama ada beliau akan berdepan ketidakselesaan untuk berbincang isu-isu kawasan dengan Pengerusi BN Negeri, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin susulan kelantangannya mengkritik pemimpin itu secara terbuka sebelum ini, beliau berkata beliau tiada masalah.

“Dalam MT pun saya sering mengkritik, maka sudah tentu dalam mesyuarat UMNO Perhubungan negeri tiada masalah untuk saya terus bersuara,” katanya.

Semalam, Mohd Puad yang dikhabarkan akan bertanding atas tiket Bebas setelah kecewa berikutan pengguguran namanya sebagai calon, tidak muncul di pusat penamaan calon di Pejabat Daerah Batu Pahat.

Bagaimanapun, dalam satu kenyataan, beliau menjelaskan keputusan tersebut diambil (tidak bertanding) setelah mendapat nasihat Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar. – BERNAMA

Tags: Puad ZarkashiUMNO
Share199Tweet125SendShare

Related Posts

‘Jawatan Hanyalah Pinjaman, Kuasa Adalah Amanah’ – Onn Hafiz

‘Jawatan Hanyalah Pinjaman, Kuasa Adalah Amanah’ – Onn Hafiz

09/08/2026
0

SIMPANG RENGGAM – UMNO perlu kembali kepada perjuangan asal dan tidak menjadikan kemenangan sebagai alasan untuk mendabik dada, sebaliknya terus...

Kerjasama UMNO PAS Stabilkan Politik Negara – Asyraf Wajdi

Kerjasama UMNO PAS Stabilkan Politik Negara – Asyraf Wajdi

07/08/2026
0

PASIR PUTEH - Semua pihak diminta tidak berasa khuatir dengan isu perkauman yang cuba dimainkan oleh pihak tertentu membabitkan kerjasama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd