• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kecewa Ramai Tak Hargai PTPTN Banyak Bantu Pelajar

oleh Ahmad Albab
15/04/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BESUT – Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh terkilan dengan sikap sesetengah pihak yang tidak menghargai apa yang telah disumbangkan menerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Katanya, terdapat juga pihak yang mahu menghapusan pinjaman PTPTN demi memancing pengundi yang kononnya mampu mempraktiskan pendidikan percuma sedangkan ia adalah sesuatu yang mustahil.

“Dengan adanya PTPTN yang memberi pinjaman kepada pelajar…kira-kira 200,000 lepasan STPM, STAM dan SPM dapat belajar di IPTA dalam dan di luar negara,” katanya pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Pejabat Pendidikan Besut di sini hari ini.

Idris yang juga Ahli Parlimen Besut berkata hakikatnya ramai yang tidak mengetahui bahawa kerajaan telah membiayai kira-kira 90 peratus daripada kos pembelajaran bagi mereka yang memasuki IPTA manakala yang selebihnya tanggungan sendiri menerusi PTPTN.

Beliau berkata PTPTN perlu diteruskan bagi membolehkan mereka yang berkelayakan memasuki universiti tanpa menghadapai masalah kewangan.

“PTPTN bukan setakat memberi pinjaman malah turut mengeluarkan banyak kebajikan melalui Skim Simpanan Pendidikan Nasional 1 Malaysia (SSPN1M-i) kepada pelbagai pihak termasuk mereka yang mendapat Anugerah Khidmat Cemerlang (APC),” katanya.

Idris berkata sepanjang tahun ini, PTPTN telah meluluskan sebanyak RM1.944 juta kepada seramai 1,944 pendidik yang memperolehi Anugerah Khidmat Cemerlang (APC) dengan setiap seorang memperolehi RM1,000 dalam bentuk SSPN1M-i.

Pada majlis itu, seramai 285 petugas Jabatan Pendidikan daerah Besut menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang. – BERNAMA

Tags: PTPTN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

16/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Pelantikan Adam Adli Abdul Halim sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (KPT) mencetuskan gelombang reaksi di media sosial, namun...

Pendidikan Percuma PTPTN Untuk 5,800 Pelajar Keluarga Miskin

Pendidikan Percuma PTPTN Untuk 5,800 Pelajar Keluarga Miskin

10/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberikan pendidikan percuma melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada 5,800 pelajar dari keluarga miskin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd