• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kanak-Kanak 6 Tahun Meninggal Dunia Disyaki Didera

oleh Ahmad Albab
20/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun meninggal dunia, disyaki akibat didera oleh teman lelaki ibunya di satu lokasi sekitar bandar ini, Rabu lepas.

Ketua Polis Perlis Datuk Azisman Alias berkata mangsa, Mohamad Rayyan Hidayat Hairil Khan dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini, setelah tidak sedarkan diri dan mengalami muntah-muntah pada lewat malam Selasa.

“Mangsa disahkan meninggal dunia pada 4.07 pagi (Rabu) dan hasil bedah siasat mendapati ada kecederaan berpunca daripada objek tumpul, yang menyebabkan usus mangsa pecah dan kecederaan dalaman lain, yang menjadi punca kematian mangsa.

“Polis berjaya mengesan dan menahan ibu serta teman lelaki ibu mangsa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Suspek lelaki berumur 26 tahun yang mempunyai 12 rekod jenayah lampau dan ibu mangsa berusia 31 tahun ditahan kira-kira 8 malam tadi ketika menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kangar dan direman sehingga 26 April bagi membantu siasatan.

Sementara itu bapa mangsa, Hairil Khan Azali, 32, memberitahu anaknya tinggal bersama bekas isteri di Kampung Abi Tok Hashim di sini, sejak mereka berpisah tiga tahun lepas.

“Tapi sejak sebulan lepas dia pindah duduk dengan teman lelaki dia, kami semua tidak tahu di mana mereka tinggal.

“Kali terakhir saya jumpa Rayyan dia dalam keadaan baik, tidak ada apa yang tak kena sebab mereka belum tinggal dengan teman lelaki bekas isteri pada masa itu,” katanya yang tinggal di Beseri, dekat sini.

Beliau berkata jenazah anaknya selamat dikebumikan di tanah perkuburan di Kampung Abi Tok Hashim lewat malam tadi. – BERNAMA

*sekadar Video Hiasan..

Tags: Kes derapolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

Tular Video Disyaki Curi Kabel Di Ipoh, Polis Minta Orang Ramai Salur Maklumat

28/03/2026
0

IPOH: Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes disyaki curi kabel di Jalan Pakatan Jaya, Taman Pakatan Jaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd