• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kabel Telefon Untuk ‘Menggaru’ Uretra

oleh Ahmad Albab
08/04/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEIJING – Doktor di China mengeluarkan kabel telefon sepanjang 0.9 meter dari zakar seorang lelaki warga emas menggunakan teknologi laser selepas dimasukkan ke organ itu untuk ‘menggaru’ uretranya.

Pesakit berusia 60 tahun itu dilaporkan mengalami gatal-gatal akibat radang prostat dialaminya. Malangnya hujung kabel itu tersimpul di dalam pundi kencingnya seterusnya menyebabkan pendarahan apabila dia cuba mengeluarkannya.

Kankan News melaporkan lelaki itu mendapat rawatan pada 30 Mac lalu dan pakar urologi Dr. Gao Zhanfeng mendapati kabel itu tersimpul di dalam pundi kencingnya selepas membuat imbasan X-ray.

“Simpulan itu menjadi ketat apabila pesakit cuba mengeluarkannya menyebabkan pendarahan berlaku pada pundi kencing,” kata Dr. Gao.

Ketika wartawan bertanya kepada lelaki terbabit sama ada dia mensterilkan kabel itu sebelum memasukkannya dia menjawab: “Saya hanya cuci menggunakan air.”

Dr. Gao berkata, nasib baik dia tidak memasukkan sebarang logam atau bahan keras, kerana boleh menyebabkan kecederaan lebih teruk terhadap pundi kencingnya.

Sementara itu, lelaki terbabit memberitahu akan mengambil kejadian ini sebagai pengajaran dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi. – Daily Mail/myMetro Online

Tags: Kanser Prostatwarga emas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

18.8 Peratus Warga Emas Di Malaysia Tinggal Sendirian

20/04/2026
0

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa 18.8 peratus warga emas di negara ini kini tinggal bersendirian, meningkat hampir...

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

Bunuh 2 Warga Emas, Penoreh Getah Terlepas Hukuman Gantung

19/01/2026
0

Putrajaya: Seorang penoreh getah terlepas daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan hukuman mati atas kesalahan membunuh dua lelaki warga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd