• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Johor Iktiraf Sumbangan Masyarakat Sabah

oleh Ahmad Albab
01/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Masyarakat Sabah telah banyak menyumbang kepada pembangunan di Johor terutama kepada kepesatan kawasan industri di Pasir Gudang, kata Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata kerajaan negeri mengiktiraf peranan dan sumbangan besar masyarakat Sabah terhadap pembangunan di negeri ini.

“Ramai dalam kalangan mereka ini bekerja di sektor-sektor perkilangan dan mustahil Pasir Gudang mencapai kejayaan yang dicapainya kini tanpa peranan penting orang Sabah,” kata beliau dalam Majlis Ramah Mesra Masyarakat Sabah di Taman Bukit Dahlia, di sini, malam tadi.

Katanya kerajaan negeri begitu prihatin dengan kebajikan dan kesejahteraan masyarakat negeri lain di negeri ini dengan memastikan setiap lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang mereka mendapat pembelaan yang selayaknya.

“Keadaan masyarakat Sabah di negeri ini telah jauh berbeza jika dibandingkan dengan 20 atau 10 tahun dahulu.

“Dahulu masyarakat Sabah tidak diberikan perhatian tetapi selepas saya menjadi menteri besar, sedikit demi sedikit semua itu berubah. Jadi jangan biarkan mereka (pembangkang) yang tidak pernah muncul selama ini, mempengaruhi kita,” kata Mohamed Khaled.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor itu juga menyeru masyarakat Sabah untuk terlibat secara bermakna dan berkesan di dalam BN bagi memastikan lebih banyak pembelaan dapat diberikan kepada kumpulan masyarakat berkenaan.

“Jumlah pengundi masyarakat Sabah (di Johor) ada lebih kurang 2,000 sahaja, walaupun jumlah ini tidak besar seperti jumlah masyarakat yang lain tetapi saya akan terus membela nasib masyarakat Sabah dan bertindak sebagai wakil kepada orang-orang Sabah yang ada di Pasir Gudang,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Masyarakat Sabah Ibrahim Taib berkata kerajaan negeri yang dipimpin oleh Mohamed Khaled sentiasa terlibat dan prihatin dengan perkembangan dan kesejahteraan masyarakat Sabah yang berada di dalam negeri ini dalam memastikan keinginan mereka juga terlaksana.

“Belum pernah ada menteri besar yang memberi pengiktirafan kepada peranan dan kepentingan masyarakat Sabah sepertimana yang dilakukan oleh (Datuk Seri) Mohamed Khaled dan Alhamdulillah beliau juga sentiasa bersama dengan kita dan tidak pernah menolak apa jua kehendak masyarakat kita,” katanya.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Mohamed Khaled akan keprihatinan kerajaan negeri kepada masyarakat Sabah selama ini dan akan memastikan undi masyarakat Sabah untuk penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri Permas itu, yang juga akan bertanding untuk Parlimen Pasir Gudang, sebagai tanda terima kasih masyarakat itu. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohamed Khaled NordinJohorSabah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

Menteri Pertahanan Khaled Nordin Ziarah Keluarga Allahyarham Prebet Siti Khadijah

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini menziarahi keluarga Allahyarhamah Prebet Siti Khadijah Sungip, antara...

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

6 Pelajar Disyaki Membuli Bakal Disingkirkan Dari MRSM – Asyraf Wajdi

28/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Enam pelajar Tingkatan Lima yang disyaki terbabit dalam satu kes buli di sebuah Maktab Rendah Sains MARA...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd