• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Terus Terpedaya Janji Manis PH – Noh Omar

oleh Ahmad Albab
27/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA — Barisan Nasional (BN) Selangor menggesa rakyat negeri ini agar tidak terus terpedaya dengan janji-janji manis Pakatan Harapan (PH) yang ingin mengekalkan pentadbiran negeri itu untuk penggal ketiga selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei ini.

Pengerusinya, Tan Sri Noh Omar berkata rakyat di Selangor sudah dua kali memilih pimpinan kerajaan negeri sekarang dalam pilihan raya terdahulu sebagai wakil pemerintah namun mereka gagal melaksanakan tugas dengan baik.

“Cukuplah dua kali kena tipu. Kali pertama tipu kita percaya dan kedua pun kita percaya, janganlah sampai kali ketiga pula,” katanya ketika berucap pada Program Rakyat Sejahtera di Flat Petaling Utama, di sini, hari ini.

Turut hadir Datuk Abdul Mutalif Abdul Rahim, yang telah dinamakan sebagai calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Medan.

Noh berkata meskipun BN tidak terpilih di kawasan Taman Medan, kerajaan persekutuan meluluskan peruntukan sejumlah RM27 juta bagi membaik pulih dan penyelenggaraan di sembilan buah pangsapuri sekitar Taman Medan termasuk baik pulih lif, bumbung, cat serta bantuan kebajikan kepada penduduk.

Noh berkata kerajaan negeri yang memerintah hendaklah sering turun padang dan mendengar sebarang permasalahan rakyat bukan hanya datang berkempen lima tahun sekali kemudian menghilangkan diri.

Menurutnya, BN akan menyediakan kemudahan dan pembangunan yang diperlukan oleh penduduk di kawasan itu jika diberi peluangpada PRU14 kali ini.

“Kerajaan Selangor ibarat rumah yang dibina oleh BN, namun mereka hanya ‘basuh kaki’ masuk ke kawasan ini. Semua BN sudah sediakan tetapi apabila berlaku sebarang masalah atau kerosakan mereka tidak pandai menguruskan.

“Masalah air dan sampah di Selangor sehingga kini masih tidak mampu diuruskan dengan baik oleh pihak pembangkang dan Selangor turut mencatat kes denggi tertinggi,” katanya.

Sementara itu, Noh berkata sekiranya BN berjaya memenangi kerusi DUN Taman Medan, penduduk bakal menikmati pelbagai kemudahan seperti gelanggang futsal, parkir bertingkat serta lif yang dilengkapi kamera litar tertutup dan kad akses. – BERNAMA

Tags: Noh Omarpakatan harapan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

PRN Johor: PH Dakwa BN Bakal ‘Terkubur’

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Pakatan Harapan (PH) Johor yakin dapat ‘menguburkan’ Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan...

Laungan ‘Tolak UMNO’, ‘Pengkhianat’, ‘Reformasi’ Di Konvensyen Pakatan Harapan Johor

Laungan ‘Tolak UMNO’, ‘Pengkhianat’, ‘Reformasi’ Di Konvensyen Pakatan Harapan Johor

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Laungan 'Tolak UMNO' 'Pengkhianat' dan 'Reformasi' bergema dalam Konvensyen Pakatan Harapan (PH) Johor hari ini. Situasi hampir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd