• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Terpedaya ‘Turun Padang’ Pembangkang

oleh Ahmad Albab
25/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengundi kawasan Parlimen Lembah Pantai dinasihatkan tidak terperdaya dengan lakonan ‘rajin turun padang’ pembangkang untuk meraih undi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Ketika ditemui pemberita selepas program Santai Bersama Persara Kawasan Parlimen Lembah Pantai di sini hari ini, calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata sikap pembangkang yang tidak konsisten terbukti sepanjang dua penggal PKR menyandang kerusi parlimen itu.

“… mereka tidak konsisten mendekati rakyat. Bila PRU dah dekat baru nampak rajin.

“Isu-isu rakyat di sini, dia (Nurul Izzah Anwar) pinggirkan kerana sibuk dengan isu nasional. Kini, dia ‘lari’ ke tempat lain pula.

“Berbeza dengan dengan BN, walaupun saya kalah pada PRU13 lalu, sepanjang lima tahun kami terus konsisten membantu rakyat di sini. Lembah Pantai macam sudah ada dua wakil rakyat,” katanya.

Raja Nong Chik yang tewas kepada Nurul Izzah dengan perbezaan 1,847 undi pada PRU lalu akan berdepan dua muka baharu iaitu Ahmad Fahmi Muhammad Fadzil daripada PKR dan calon PAS Fauzi Abu Bakar.

Mengulas pertandingan tiga penjuru itu, Raja Nong Chik berkata beliau percaya ia mampu memberi kelebihan kepada BN.

Bagaimanapun katanya beliau tidak mahu merasa selesa sebaliknya mahu memberi tumpuan kepada usaha memastikan BN kembali merampas kerusi itu.

Sementara itu, lebih 600 pesara dan anggota Kelab UMNO Pesara Kanan Kerajaan Malaysia (KUPKKM) hadir pada program berkenaan yang turut disertai Presidennya, Tan Sri Aseh Che Mat. – BERNAMA

Tags: Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Raja Nong Chik Bidas Dakwaan Fahmi Fadzil

02/05/2018
0

KUALA LUMPUR - Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Lembah Pantai, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin membidas dakwaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd