• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Benar Agenda Mahathir Rampas Hak Rakyat

oleh Ahmad Albab
16/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BENTONG – Rakyat tidak boleh membenarkan agenda peribadi Tun Dr Mahathir Mohamad merampas hak mereka untuk memilih kerajaan yang bertanggungjawab dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata tindakan Dr Mahathir kembali semula ke medan pilihan raya umum lebih berpaksikan kepada agenda peribadi dan dendam terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak selaku perdana menteri.

Pengundi perlu faham dengan taktik licik itu dan sedar bahawa PRU14 adalah untuk rakyat memilih kerajaan dan bukannya lapangan bagi seseorang individu membalas dendam, katanya ketika ditemui Bernama selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Eco Pelancongan dan Agro Pelancongan Pahang Barat di sini, hari ini.

“Untuk menjayakan agenda peribadinya terhadap perdana menteri, Dr Mahathir telah memutarbelitkan pelbagai kebaikan yang dibawa kerajaan sehingga sanggup memesongkan fikiran rakyat dengan tuduhan serta dakwaan tidak berasas semata-mata untuk membangkitkan kebencian terhadap Najib dan Barisan Nasional (BN).

“Hasil perancangan dan agenda tersusun bagi memajukan rakyat dan negara yang dirangka perdana menteri, rakyat tentunya tidak boleh membenarkan pilihan raya ini dirampas oleh Dr Mahathir dan sekutunya dalam pakatan pembangkang,” katanya.

​​​​​​​Liow yang juga Menteri Pengangkutan berkata demi mencapai matlamat peribadi itu, Dr Mahathir yang kini merupakan pengerusi Pakatan Harapan telah menimbulkan bermacam-macam persepsi buruk terhadap kerajaan.

“Ini termasuk menuduh Najib menjual kedaulatan negara melalui pelaksanaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP) di Gambang serta pembangunan Forest City di Iskandar Malaysia di Johor,” katanya.

Beliau berkata selaku bekas perdana menteri, Dr Mahathir sebenarnya tahu tentang kaedah-kaedah di dalam menarik pelaburan asing dan faedahnya kepada rakyat tetapi sengaja ‘membutakan mata’ dan terus menaburkan fitnah bagi mencapai hajatnya.

“Tetapi kita yakin tindakan untuk meningkatkan kebencian terhadap kerajaan itu tidak akan berjaya mempengaruhi rakyat yang sekian lama menikmati faedah daripada perancangan yang dibuat kerajaan,” katanya.

Liow selaku penyandang kerusi Parlimen Bentong mengadakan program turun padang sehari di daerah Bentong hari ini. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Liow Tiong Lai
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lepas Jawatan Presiden Langkah Hormat Pulih MCA

24/09/2018
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, dinasihat melepaskan jawatan sebagai satu tindakan hormat bagi memulihkan parti...

Jangan Lagi Termakan Racun DAP – Liow

04/05/2018
0

JANGAN LAGI TERMAKAN RACUN DAP - LIOW BENTONG, 4 Mei (Bernama) -- DAP sebuah parti yang hanya datang bersama 'racun'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd