• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jambatan Kg. Seberang Guai Manfaatkan Penduduk

oleh AK-47
01/05/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERA – Setiap kali mahu ke rumah neneknya di Kampung Guai, Mohd Badrul Amin Haizan akan memikirkan sama ada mahu menaiki bot atau menggunakan laluan darat.

Mohd Badrul Amin, 21, yang tinggal di Kampung Tok Langit di sini, berkata kalau menaiki kereta mengambil masa satu jam setengah kerana perlu ke bandar Temerloh terlebih dahulu sebelum menggunakan Jalan Persekutuan Temerloh-Maran.

Tambahnya, jika menaiki bot menyeberangi Sungai Pahang hanya mengambil masa antara lima ke 1o minit, namun beliau perlu meminta bantuan daripada rakan atau anggota keluarga untuk menjemputnya di jeti.

“Kalau menaiki kereta pula perlu mengambil kira waktu sesak khususnya di jambatan Temerloh. Jadi pembinaan jambatan di Kampung Seberang Guai ini memendekkan perjalanan kepada hanya lima minit sahaja.

“Selepas ini boleh lah menggunakan motosikal sahaja untuk pulang ke kampung. Lebih mudah dan menjimatkan. Tak perlu lagi meredah kesesakan di jalan lama terutamanya pada musim cuti sekolah atau musim perayaan,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Mohd Badrul Amin ditemui pada Majlis Ramah Mesra bersama Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Kampung Seberang Guai di sini, yang turut meninjau proses pembinaan jambatan yang berharga RM98.5 juta itu.

Jambatan sepanjang 770 meter itu dijangka siap pada 19 Februari 2020 dan bakal memanfaatkan kira-kira 2,000 penduduk di kampung sekitar.

Bagi suri rumah Kartini Ismail, 39, yang menetap di Kampung Paya Panjang di sini berkata pembinaan jambatan itu akan memudahkan penduduk di Bera yang mahu menghantar anak ke sekolah menengah agama.

Katanya, setakat ini, sekolah agama yang menjadi pilihan ialah di Temerloh atau di Chenor, Maran kerana mempunyai laluan darat, sedangkan di Kampung Guai terdapat sebuah sekolah menengah agama yang mempunyai reputasi yang baik.

“Ada juga penduduk yang menghantar anak ke sekolah di Kampung Guai, tapi sukar juga jika ibu bapa tidak dapat menjemput anak… ada yang berani mengambil bot untuk menyeberangi sungai.

“Saya juga berhasrat mahu menghantar anak ke sekolah menengah agama… jadi bila siap jambatan ini kelak, kuranglah sedikit rasa bimbang kerana anak tidak perlu menaiki bot,” kata ibu kepada lima orang anak berusia antara 12 ke setahun itu.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Desa Lestari Seberang Guai, Shafie Yahya, 47, berkata pembinaan jambatan itu menjimatkan masa, tenaga dan juga kos penduduk untuk berulang-alik ke bandar.

Katanya, kebanyakan penduduk di Kampung Seberang Guai dan Kampung Guai mempunyai hubungan kekeluargaan kerana kampung itu diwujudkan selepas berlaku pernambahan jumlah penduduk di Kampung Guai.

“Penduduk Kampung Guai juga perlu ke pusat bandar Bera jika mempunyai urusan berkaitan tanah atau sebagainya.. jadi lebih mudah untuk penduduk ke bandar selepas ini kerana tidak lagi perlu ke Temerloh,” katanya. – BERNAMA

Tags: jambatan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sanjeevan Bebas Daripada Tuduhan Pemerasan

Next Post

Johor Iktiraf Sumbangan Masyarakat Sabah

Related Posts

Wanita Menangis Atas Jambatan Kerana Keputusan Mahkamah

Wanita Menangis Atas Jambatan Kerana Keputusan Mahkamah

15/04/2023
0

PUTRAJAYA - Seorang wanita tular dalam video TikTok kerana duduk dalam keadaan menangis di atas Jambatan Wawasan, Presint 2 di...

8 Maut, 20 Cedera Di Thailand Selepas Bas Rempuh Tiang Jambatan

14/03/2022
0

BANGKOK: Sekurang-kurangnya lapan penumpang maut dan lebih 20 cedera apabila sebuah bas dua tingkat melanggar tiang konkrit sebuah jambatan, dalam...

Next Post

Johor Iktiraf Sumbangan Masyarakat Sabah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd