• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Doping Atlet Di Gold Coast Tunggu ADAMAS

oleh AK-47
25/04/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KETUA kontinjen negara ke Sukan Komanwel 2018, Huang Ying How mengakui beliau mengetahui mengenai isu doping membabitkan atlet negara di Gold Coast.

Namun Ying How berkata, pihaknya hingga kini masih belum menerima sebarang maklumat rasmi mengenainya daripada Agensi Anti Doping Malaysia (ADAMAS).

“Secara amnya, saya tak ada maklumat kerana ADAMAS mempunyai prosesnya sendiri,” kata Ying How yang juga Presiden Persatuan Skuasy Malaysia (SRAM), hari ini.

“Kami pun masih menunggu kenyataan media secara rasmi daripada ADAMAS, itu pun kalau ada.

“Apa pun perkara ini bukan saya, MSN (Majlis Sukan Negara) atau KBS (Kementerian Belia dan Sukan) yang perlu memberi berita (maklumat) kerana mereka (ADAMAS) yang mengendalikan ujian.

“Tapi memang saya ada dengar (mengenai isu doping itu). ADAMAS dan WADA (Agensi Anti Doping Dunia) mempunyai prosesnya sendiri dan secara rasmi tidak memberitahu (siapakah) atlet berkenaan. Saya tak mahu membuat sebarang spekulasi hingga mereka mengesahkannya.”

Semalam, arena sukan tanah air digemparkan dengan seorang atlet negara yang beraksi di temasya kedua terbesar dunia itu dilaporkan positif ujian doping.

Lebih mengejutkan, atlet itu dikatakan penyumbang pingat gangsa dan andainya bersalah, kemungkinan besar pingat itu akan ditarik balik.

Berdasarkan rekod pencapaian atlet di Gold Coast, Malaysia meraih 12 pingat gangsa.

Atlet yang meraih pingat gangsa adalah Afiq Ali Hanafiah (para T12 100m lelaki), Goh V Shem-Tan Wee Kiong (badminton beregu lelaki), Chan Peng Soon-Goh Liu Ying (badminton beregu campuran), Leong Mun Yee-Nur Dhabitah Sabri (terjun 3m papan anjal seirama dan 10m platform seirama wanita), Amy Kwan (gimrama gelung, individu keseluruhan), Koi Sie Yan (gimrama riben), Alia Sazana Azahari (menembak 25m pistol wanita), Nafiizwan Adnan (skuasy perseorangan lelaki), Ho Ying-Karen Lyne (pingpong beregu wanita) dan Fazrul Azrie Mohdad (angkat berat 85kg lelaki). – Harian Metro

*Video sekadar hiasan…

Tags: atletKes Doping
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Atlet Terengganu Gagal Doping, Ambil Ubat Lelah, Tahan Sakit

Atlet Terengganu Gagal Doping, Ambil Ubat Lelah, Tahan Sakit

20/09/2022
0

DUA atlet Terengganu yang gagal dalam ujian doping sebelum ini berpunca daripada pengambilan ubat-ubatan ketika menjalani latihan pusat di Cameron...

Johor Giat Pencarian Atlet Pelapis Sukma 2024

20/04/2022
0

JOHOR BAHRU : Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) kini sedang rancak melakukan persiapan khususnya melibatkan aspek pencarian atlet dan bakat-bakat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd