• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu ‘Body Shaming’ Kak Zai, Rizalman Pula Buka Mulut

oleh
19/04/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TERLAJAK perahu boleh diundur, terlajak kata… Kena kecam lah satu Malaysia! Nak tarik semula kata-kata pun dah tak boleh akibat kuasa viral yang ‘bantu’ sesuatu isu itu lebih dapat perhatian ramai.

Baca: Zaihani Tampil Penjelasan Isu Hina Orang Gemuk

Juga: Hina Orang Gemuk, Zaihani Diselar Ramai Pihak

Sejak Isnin lalu, di semua media sosial tidak henti-henti ‘membincangkan’ tentang kenyataan berani mati yang dikeluarkan oleh pengkritik fesyen tempatan, Zaihani Mohd Zain.

https://www.instagram.com/p/BhvMofYnRDb/?taken-by=rizalman71

Kenyataan berkaitan ‘body shaming‘ yang dimuat naik di status Facebook Zaihani atau lebih mesra dipanggil Kak Zai telah menarik perhatian pereka fesyen tersohor negara, DatukRizalman Ibrahim untuk bersuara.

“Tahukah anda Zaihani yang saya kenal walaupun beliau seorang yang lantang, berpakaian tidak seiring usia atau mempunyai keterampilan Islamik seperti yang kita harapkan.

“Namun, beliau yang saya kenali sentiasa jinjing beg telekungnya ke mana-mana dan sentiasa hadiri pertunjukan fesyen bermula dengan menanti di dalam surau berdekatan supaya tidak terlepas mana-mana waktu solat,” tulisnya di posting baharunya dekat laman Instagram semalam.

Malah, juri tetap program pencarian bakat pereka fesyen, Gen F itu turut mengkritik segelintir netizen yang suka menghukum serta menjatuhkan kesalahan kepada orang lain tanya berfikir lanjut.

Ramai netizen dan selebriti turut mengkritik perbuatan Kak Zai dan kebanyakan selebriti yang bersuara itu semestinya mereka yang terasa dengan kata-kata pedas berkenaan serta memiliki saiz badan yang comel.

Antara barisan selebriti yang bersuara ialah Harith Iskander, Angah Raja Lawak, Vicha Saywho, Zalif Sidek, Enot, Syanie dan ramai lagi.

“Dunia media sosial adalah cerminan pada ‘mahkamah Masyhar’. Setiap apa yang lahir pada lidah serta hati kita akan dirakam setiap saat dan dipamerkan nanti pada seluruh generasi manusia dan dipertimbangkan dengan seadilnya, sama ada kita menzahirkannya pada medium media sosial atau tidak.

“Jadi, awaslah hati dan tingkah laku kita dari sekarang kerana jika anda melihat isu ini dari sudut keimanan maka anda akan dapat jawapannya,” tambahnya Rizalman lagi.

Bagaimanapun, Zaihani atau lebih mesra dipanggil Kak Zai telah mengemukakan permohonan maafnya secara terbuka berkaitan isu itu.

Sebaliknya, isu itu masih lagi berlanjutan akibat sikap kebanyakan rakyat Malaysia yang tidak boleh ‘move on’ dengan kesilapan seseorang, lebih-lebih lagi jika individu berkenaan dikenali ramai.

Menurutnya, dia bukanlah bermaksud mahu menujukan posting itu kepada sesiapa kerana dia sendiri tidak tahu siapakah gerangan individu yang duduk bersebelahan dengannya ketika kejadian tempoh hari. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: Datuk Rizalman IbrahimNetizenZAILANI MOHD ZAIN
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Hati Rakyat Tersentuh, Foto Sayu YDP Agong Undang Sebak

Hati Rakyat Tersentuh, Foto Sayu YDP Agong Undang Sebak

22/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Hantaran di laman media sosial rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menyentuh hati ramai apabila baginda berkenan menziarahi...

“Dah Kena Viral Baru Mengelabah” – Kenyataan TNB Terima Reaksi Sinis Netizen

“Dah Kena Viral Baru Mengelabah” – Kenyataan TNB Terima Reaksi Sinis Netizen

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Penjelasan Tenaga Nasional Berhad (TNB) berhubung isu sebuah keluarga di Kuala Sat, Jerantut yang hidup tanpa bekalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd