• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Imam Palestin Mati Ditembak Ketika Berjalan Ke Surau

oleh Ahmad Albab
21/04/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang pensyarah warga Palestin maut selepas ditembak ketika dalam perjalanan ke surau untuk menunaikan solat Subuh, berhampiran sebuah kondominium di Jalan Meranti, Setapak awal pagi tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata siasatan awal mendapati mangsa berusia 35 tahun itu ditembak dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal berkuasa tinggi di tempat pejalan kaki kira-kira 6 pagi tadi.

“Suspek melepaskan lebih 10 das tembakan dan pemeriksaan mendapati terdapat empat kesan tembakan pada kepala dan badan mangsa, yang disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Polis turut menemui dua kelongsong peluru di tempat kejadian,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian hari ini.

Mazlan berkata mangsa yang bekerja sebagai pensyarah di sebuah universiti swasta di ibu negara dan merupakan imam kedua di masjid berhampiran tinggal di kondominium berkenaan bersama isteri dan tiga anaknya.

Mazlan berkata pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan berhampiran mendapati kedua-dua suspek dilihat menunggu mangsa keluar dari kawasan kondominium itu selama kira-kira 20 minit sebelum melepaskan tembakan ke arahnya.

“Kita percaya suspek memang mensasarkan mangsa kerana sebelum itu terdapat dua individu yang melalui jalan tersebut tetapi tidak ditembak.

Kita akan memeriksa semua CCTV di kawasan ini untuk mengenal pasti identiti suspek termasuk mendapatkan nombor pendaftaran motosikal ditunggang suspek,” katanya.

Motif pembunuhan mangsa, yang juga imam kedua di surau berhampiran, masih disiasat dan menegaskan bahawa polis menyiasat daripada semua sudut termasuk elemen pengganas Daesh.

Mazlan meminta orang ramai dan saksi kejadian tampil untuk membantu siasatan polis bagi mengesan suspek terlibat.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk dibedah siasat.

Sementara itu, rakan mangsa berusia 32 tahun yang enggan dikenali berkata beliau berasa hairan kerana arwah sepatutnya mengimamkan solat Subuh di surau berhampiran tetapi tidak memunculkan diri.

“Saya datang ke kondominium ini untuk mencarinya selepas solat Subuh tetapi terkejut apabila mendapati dia telah mati ditembak,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Beliau yang merupakan sebagai sahabat rapat mangsa, berkata mangsa telah menetap di negara ini selama 10 tahun dan baru berpindah ke kondomium itu.

“Setahu saya dia tidak mempunyai masalah dengan sesiapa malah dia berkawan baik dengan sesiapa sahaja tanpa mengira bangsa,” kata lelaki warga Mesir itu dengan nada sedih.

Tinjauan Bernama mendapati orang ramai berkerumun di kawasan hadapan kondominium itu untuk melihat dengan lebih dekat insiden berkenaan. – BERNAMA

Tags: Imamkes tembakPalestin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

374 Tan Bantuan Malaysia Menanti Masuk Gaza

374 Tan Bantuan Malaysia Menanti Masuk Gaza

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Aktivis kemanusiaan, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkongsi perkembangan terkini misi bantuan Malaysia ke Gaza yang kini berada...

Tembak Ala Mafia Jadi Normal Baharu, Menteri Dalam Negeri Diminta Letak Jawatan

Tembak Ala Mafia Jadi Normal Baharu, Menteri Dalam Negeri Diminta Letak Jawatan

06/01/2026
0

KUALA LUMPUR | 6 Januari 2026 — Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mendakwa insiden tembak ala mafia yang semakin kerap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd