• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ibrahimovic Beri Bayangan Sertai Piala Dunia

oleh Ahmad Albab
16/04/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ZLATAN IBRAHIMOVIC memberi bayangan bahawa dia bersedia bermain untuk Sweden pada Piala Dunia Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) dengan mengatakan peluangnya untuk pergi ke Rusia adalah sangat tinggi.

Penyerang LA Galaxy itu memuat naik status di Twitter yang memberi petunjuk bahawa dia akan membatalkan persaraan antarabangsanya demi bermain untuk pasukan Janne Andersson apabila kejohanan itu bermula pada bulan Jun ini.

Ibrahimovic, 36, bersara dari bola sepak antarabangsa berikutan kegagalan Sweden untuk keluar dari peringkat kumpulan di Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) 2016.

Bagaimanapun, baru-baru ini pemain itu mengatakan bahawa pihak Anders telah berhubung dengannya mengenai kesediaannya untuk menyertai Piala Dunia.

Pemain itu memberitahu MLSsoccer.com, dia akan mempertimbangkan untuk kembali ke Sweden jika mampu mengembalikan kecergasan tubuhnya.

Pemain yang memegang rekod jaringan gol negaranya itu kini seakan ingin membuat kemunculan semula.

Tulisnya di Twitter: “Kebarangkalian saya bermain pada Piala Dunia adalah sangat tinggi.”

Ibrahimovic mencatatkan rekod untuk Sweden dengan jaringan sebanyak 62 gol dalam 116 perlawanan dan telah menjaringkan tiga gol untuk LA Galaxy sejak menyertai kelab itu pada Mac. – The World Game/mStar Online

Tags: Piala Dunia 2018Zlatan Ibrahimovic
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Pussy Riot’ Ganggu Final Piala Dunia

16/07/2018
0

MOSCOW - Perlawanan akhir Piala Dunia antara Perancis dan Croatia sedikit terganggu apabila empat individu termasuk dua wanita memasuki padang...

Putin Raikan Kejayaan Politik Piala Dunia 2018

17/07/2018
0

RUSIA memberikan persembahan yang boleh dibanggakan dalam kejohanan Piala Dunia 2018 di negara sendiri, melepasi jangkaan hampir semua pihak tentang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd