• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Honda Malaysia Panggil Balik 28,399 Model Keluarannya

oleh
06/04/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBANYAK 28,399 model kenderaan Honda di Malaysia yang dikeluarkan pada 2013 dipanggil balik bagi menggantikan semula beg udara hadapan penumpang buatan Takata.

Lapor Harian Metro, tindakan tersebut dilakukan sebagai langkah proaktif berterusan syarikat automotif atas faktor-faktor keselamatan buat pemandu dan penumpang kenderaan tersebut.

Antara model yang terjejas ialah Honda City (14,944 unit), Honda Jazz (6,874 unit), Honda Jazz Hybrid (6,211 unit) dan Honda Insight (370 unit).

Sehingga Mac lepas, Honda Malaysia telah menggantikan lebih daripada 435,000 unit, atau 77 peratus inflator beg udara bahagian hadapan dan bahagian pemandu Takata daripada kenderaan tahun 2013.

“Kami akan terus proaktif memanggil balik kenderaan dan terus memberi peringatan dan memaklumkan kepada pelanggan akan kepentingan untuk menggantikan inflator beg udara kenderaan terbabit menerusi media sosial dan sistem khidmat pesanan ringkas (SMS),” lapor Honda Malaysia dalam satu kenyataan semalam.

Menurut syarikat itu lagi, pelanggan yang menerima surat ini digalakkan untuk hantar kereta mereka ke pengedar sah Honda terdekat atau Mobile Hubs secepat mungkin bagi mendapatkan pemeriksaan dan penggantian percuma.

Bagaimanapun bagi model kereta Honda keluaran terbaharu, ia tidak terbabit dalam penggantian semula beg udara hadapan penumpang tersebut. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Tags: beg udaraHonda Malaysiakereta
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Calon BN Puteri Wangsa ‘Sekolahkan’ Dr. Maszlee Depan-Depan: “Jalan Raya Itu Jalan Persekutuan”

Calon BN Puteri Wangsa ‘Sekolahkan’ Dr. Maszlee Depan-Depan: “Jalan Raya Itu Jalan Persekutuan”

02/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Calon Pakatan Harapan (PH), Dr Maszlee Malik 'disekolahkan' secara depan-depan oleh calon Barisan Nasional (BN) berhubung perbezaan...

🚗 KERETA TAK ADA? JANGAN RISAU! 🚗

🚗 KERETA TAK ADA? JANGAN RISAU! 🚗

19/06/2026
0

🚗 KERETA TAK ADA? JANGAN RISAU! 🚗 Nak balik kampung? Bercuti? Urusan kerja? Atau kereta sendiri masuk bengkel? Tak perlu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd