• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hawana Iktiraf Profesion Kewartawanan

oleh Ahmad Albab
11/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Hari Wartawan Nasional (Hawana) perlu dijadikan acara tahunan negara sebagai usaha mengiktiraf peranan pengamal media di Malaysia.

Pengurus Besar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Zulkefli Salleh berkata cadangan itu dibuat bagi menghargai usaha wartawan yang turut terlibat dalam pembangunan dan hala tuju negara.

“Diharap Hawana akan dijadikan acara media terpenting setiap tahun seperti profesion lain, memandangkan wartawan juga memainkan peranan penting dalam membangunkan negara dan mengukuhkan perpaduan masyarakat melalui penulisan berita beretika.

“Malah penganjuran Hawana ini juga dapat mengangkat profesionalisme wartawan yang mempunyai majikan dan bekerja secara sepenuh masa untuk membela bangsa dan membina negara,” katanya ketika berucap sempena Wacana Hari Wartawan Nasional di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berharap Hawana yang julung kali dianjurkan ini akan menjadi pemangkin kepada usaha merealisasikan penubuhan Majlis Media Malaysia.

Katanya cadangan penubuhan badan itu telah lama diperjuangkan warga media tempatan, namun hingga kini masih belum menjadi kenyataan.

Badan itu dicadang antara lain bagi mengambil tindakan bagi kes-kes kecil melibatkan media jika aduan diterima, manakala bagi aduan lebih serius, ia dibawa ke mahkamah. – BERNAMA

Tags: Hari Wartawan Nasional
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perdana Menteri Ucap Selamat Hari Wartawan Nasional

29/05/2022
0

MELAKA - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Ahad mengucapkan Selamat Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2022 kepada semua...

Agong Zahir Ucapan Selamat Hari Wartawan Nasional Kepada Pengamal Media

29/05/2022
0

Melaka : Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Wartawan Nasional...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd