• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, October 5, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hari Wartawan Nasional 29 Mei Mulai Tahun Depan

oleh AK-47
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Hari Wartawan Nasional (Hawana) akan disambut pada 29 Mei bermula tahun depan.

Beliau berkata ia sebagai mengiktiraf peranan para wartawan dalam mencorak dan membentuk minda masyarakat.

“Kerajaan telah menerima cadangan proklamasi supaya Hari Wartawan Nasional disambut pada 29 Mei setiap tahun sempena penerbitan edisi pertama akhbar Utusan Melayu pada 29 Mei 1939,” katanya ketika melancarkan Hawana yang julung kali diadakan, di sini hari ini.

Terdahulu, Pengurus Besar Berita Nasional Malaysia (Bernama) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Hawana, Datuk Zulkefli Salleh membacakan Deklarasi Hawana 2017/2018 yang antara lain bersetuju menetapkan 29 Mei sebagai tarikh tetap sambutannya pada setiap tahun.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak; Ketua Setiausaha KKMM, Tan Sri Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad; Pengerusi Bernama, Datuk Seri Azman Ujang dan Ketua Pengarang Bernama, Datuk Zakaria Abdul Wahab.

Kira-kira seribu pengamal media dari seluruh tanah air serta beberapa anggota ASEAN berhimpun pada sambutan julung kali Hawana 2018.

Bertemakan ‘Membela Bangsa, Membina Negara’, penganjuran Hawana bertujuan mendapatkan pengiktirafan negara dan penghargaan atas sumbangan pengamal media dalam membantu membangunkan negara dan mengukuhkan perpaduan masyarakat.

Dalam pada itu Najib berkata kerajaan turut menyambut baik Deklarasi Hawana untuk memerangi berita tidak benar dalam mengekang dan membendung isu penyebaran maklumat palsu.

Beliau berkata ini berikutan konsep “siapa sahaja boleh menjadi wartawan” telah menjadi satu trend akibat ledakan kemajuan teknologi maklumat dan internet.

“Perkara ini telah menjadi kebimbangan kepada masyarakat kerana wartawan warga ini (netizen) sebenarnya merupakan mereka yang menjalankan tugasan kewartawanan tanpa latihan asas.

“Mereka sering pula menjadi penulis maya dan menulis sesuatu hanya berdasarkan persepsi serta pemahaman sendiri tanpa merujuk atau mendapat pengesahan terlebih dahulu tentang sesuatu berita atau isu.” – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pembebasan Najib ‘Garis Merah’ DAP?

Pembebasan Najib ‘Garis Merah’ DAP?

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Para perwakilan DAP perlu dijelaskan bahawa sekiranya mereka memilih untuk parti itu kekal dalam kerajaan pada Ahad...

Nazifuddin Terharu Rakyat Negeri Sembilan Simpan Gambar Bekas PM Najib

Nazifuddin Terharu Rakyat Negeri Sembilan Simpan Gambar Bekas PM Najib

27/07/2026
0

SEREMBAN – Anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Nazifuddin Najib berkata jasa seseorang pemimpin tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd