• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hari Penamaan Calon PRU14 Esok

oleh AK-47
28/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan berlangsung esok di seluruh negara melibatkan 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Tempoh mengemukakan kertas penamaan calon bermula 9 pagi hingga 10 pagi di 222 pusat penamaan calon antaranya terdiri daripada pejabat daerah, pejabat tanah, dewan orang ramai dan dewan sekolah di seluruh Malaysia.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak, yang mengetuai BN bagi kali kedua dalam pilihan raya umum, berkata calon-calon BN yang disenaraikan untuk PRU14 telah dinilai dengan rapi sejak lima tahun lepas dan bukannya baru dinilai sejak “sebulan dua ini”.

Perdana menteri dalam komennya mengenai calon BN pada pilihan raya umum kali ini yang disifatkan sebagai ‘ibu kepada segala pilihan raya‘, menegaskan gabungan tersebut telah mengambil kira prestasi calon berkenaan yang telah menjalin hubungan dengan masyarakat setempat dan sokongan yang diterima rakyat.

Apa yang ditawarkan kepada pengundi, kata beliau, ialah calon-calon yang mampu memberi perkhidmatan terbaik kepada asas pembinaan negara berbilang kaum ini dengan bilangan penduduk lebih 30 juta.

Parlimen dibubarkan pada 7 April lalu bagi memberi laluan kepada PRU14 yang akan menyaksikan pertembungan utama antara BN yang ditunjangi UMNO dan pakatan pembangkang yang diketuai oleh DAP.

Susulan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian pada 9 Mei, tarikh penamaan calon pada 28 April, manakala tarikh pengundian awal pada 5 Mei.

Calon-calon akan berkempen selama 11 hari bermula tarikh penamaan calon dan akan berakhir pada 11.59 malam, 8 Mei.

Mengikut daftar pemilih suku tahun keempat 2017 yang diwartakan pada 10 April, jumlah pengundi adalah 14,940,624, dengan jumlah pengundi lelaki 7,383,437 (49.42 peratus) dan pengundi perempuan 7,557, 187 (50.58 peratus). – BERNAMA

Tags: PRU14
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

27/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangani kemelut politik pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd