Sunday, June 16, 2024

Creating liberating content

Beregu Lelaki Ke Suku...

KUALA LUMPUR 2 Ogos - Pasangan beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik...

Jururawat Sempat Berselfie Selepas...

MARRAKECH, Maghribi - Seorang jururawat warga Britain yang cedera selepas ditetak oleh seorang...

Penunggang Motosikal Maut Langgar...

KOTA KINABALU - Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya berlanggar dengan sebuah...

Seleweng Dana RM15j: Pengerusi...

PUTRAJAYA - Mahkamah Majistret di sini hari ini membebaskan pengerusi sebuah bank bergelar...

Hans-Neelofa Masih Kawan, Rapat Atas Dasar Kerja

PERSAHABATAN antara pelakon Noor Neelofa Mohd Noor dan pengarah Datuk Hans Isaac kini masih bertahan walaupun sebelum ini mereka pernah menjalinkan hubungan percintaan.

Hari ini, ketika ditemui pada majlis kempen ‘Akhiri Buli Siber & Penyebaran Maklumat Palsu’, usahawan muda berusia 29 tahun itu menyifatkan status hubungannya bersama dengan Hans hanya atas dasar rakan baik kerja dan tidak lebih daripada itu.

“Sejak dulu lagi, kami memang bersikap profesional dan kalau ada sesiapa nampak kami keluar bersama, bagi saya itu tak ada sebarang masalah. Kami memang keluar bersama, tapi atas dasar kerja dan tidak timbul langsung soal kami bertemu jodoh semula.

“Sebelum ni pun saya memang banyak kongsi apa-apa rancangan saya dengan Hans dan idea untuk kempen Buli Siber ni juga merupakan idea saya sendiri,” katanya ketika pelancaran kempen itu pada pagi tadi.

Dalam  masa yang sama, mereka berdua langsung tidak menjadikan kisah percintaan mereka di masa lalu sebagai batu penghalang bagi kedua-duanya menjalinkan hubungan persahabatan.

Malah, Neelofa senditi mengakui bahawa dia berasa selesa dengan Hans disebabkan sikap profesional yang mereka amalkan dan rasa hormat antara satu sama lain.

Tambah Hans pula, idea yang dicetuskan oleh Neelofa itu merupakan satu jalan untuk membuka minda masyarakat tentang betapa seriusnya gejala buli siber dan penyebaran berita palsu dalam kalangan masyarakat masa kini.

Disebabkan itu, ketika idea berkenaan disuarakan oleh Neelofa, pengarah berusia 47 tahun itu terus bersetuju dan turut menyokong serta memberi bantuan bagi melaksanakan kempen itu bersama beberapa rakan artis yang lain.


“Saya akan sentiasa sokong Neelofa dan apabila dia suarakan dekat saya tentang idea tersebut, saya terus suruh dia bergerak untuk laksanakan rancangan itu. Jadi saya sekadar membantu dia menjayakan kempen yang sepatutnya sudah lama diadakan.

“Neelofa dan saya sekadar berkawan sahaja dan macam rakan-rakan yang lain, kalau dia buat salah, saya akan tegur,” ujarnya.

Bagaimanapun, ketika ditanya soal penyebaran gambar mereka berdua ketika sedang menjamu selera di sebuah restoran di Genting Highlands, kedua-dua selebriti itu cuba untuk menjelaskan hal yang sebenar supaya ia tidak menjadi salah faham kepada orang ramai.

“Tak ada isu sebenarnya jika kami keluar berdua sahaja. Tapi kebiasaannya kalau berjumpa, kami akan bersama dengan rakan-rakan yang lain.

“Waktu di Genting tu, kebetulan kami berjumpa di sana dan bukan Neelofa sahaja yang ada di sana. Malah, ramai lagi rakan artis turut bersama.

“Disebabkan banyak restoran dah penuh, kami ajak yang lain makan bersama. Lagipun kami hanya makan dan berbual sahaja dan tak lebih daripada tu,” tambahnya. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori