• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hadi Bidas Mahathir, Akui Miliki Sarjana Politik Islam

oleh Ahmad Albab
19/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – “Saya ada sarjana dalam bidang politik Islam, sebab itu parti beri kepercayaan kepada saya untuk jadi pemimpin dan Menteri Besar, dan telah memerintah Terengganu dengan begitu lama.”

Demikian tegas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai menjawab dakwaan kononnya beliau tiada kepakaran dalam bidang tersebut.

Untuk rekod, Abdul Hadi memperoleh Ijazah Sarjana Siasah Syariah (Sains Politik) di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir, pada 1976.

Ketika menyangkal dakwaan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr. Mahathir Mohamad kononnya beliau tiada kepakaran dalam bidang politik dan pentadbiran negeri, beliau berkata adalah tidak benar tuduhan itu kononnya beliau gagal mentadbir Terengganu.

“Sedangkan kegagalan pentadbiran negeri ketika itu adalah disebabkan oleh campur tangan kerajaan persekutuan yang ketika itu dipimpin Mahathir sendiri,” katanya.

“Malangnya berlaku kekangan dari segi ekonomi dan pentadbiran (semasa PAS memerintah Terengganu) di mana berlaku campur tangan kerajaan persekutuan yang ketika itu dipimpin oleh Tun M, dan campur tangan itu bercanggah dengan konsep pembangunan kerajaan negeri pada ketika itu,” jelas beliau.

Beliau menarik perhatian kepada Kelantan yang menurutnya banyak hak penduduk dinafikan sebab campur tangan kerajaan persekutuan pada zaman Mahathir.

Namun Kelantan masih berjaya bertahan (di bawah pimpian PAS) hingga ke hari ini, katanya kepada wartawan selepas menyampaikan ceramah Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di Markas PAS Kampung Rawai di sini malam tadi.

Abdul Hadi berkata rakyat sendiri kini boleh lihat tuduhan Mahathir dan kebenaran di sebaliknya.

Sementara itu, mengulas keputusan beliau untuk tidak lagi bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang pada PRU kali ini, Abdul Hadi berkata langkah itu untuk membolehkan beliau memberikan fokus kepada pentadbiran parti di peringkat pusat.

“Dalam masa sama, saya juga telah dilantik menjadi Naib Ketua Kesatuan Ulama Islam Sedunia dan oleh sebab itu, saya rasa tidak wajar untuk saya turut bertanding kerusi DUN Rhu Rendang ini,” katanya.

Menurut Abdul Hadi, PAS turut bersedia menjadi “kingmaker” (dalang politik) dan bergabung dengan mana-mana parti yang sedia memartabatkan Islam dan melaksanakan keadilan untuk rakyat secara keseluruhan.

“PAS berpegang teguh kepada prinsip perjuangan dengan mengutamakan kerjasama yang mendatangkan manfaat kepada agama dan negara. Kita optimis mampu memenangi 40 kerusi Parlimen dalam PRU14 sekali gus memperbaiki pencapaian pada PRU lalu.

“Kita berharap PAS akan menjadi ‘kingmaker’, dihubungi semua pihak yang tubuh kerajaan. Itu minimum yang kita nak usahakan daripada 160 kerusi. Itulah penyelesaian masalah dengan Islam, kerana Islam adalah untuk semua, adil untuk semua, yang boleh diterima oleh semua pihak,” katanya.

Abdul Hadi berkata PAS sedia berbincang dan bekerjasama dalam menubuhkan kerajaan campuran dengan mana-mana parti yang bersedia menerima syarat-syarat ditetapkan oleh parti itu.

Pada PRU13, PAS memenangi 21 kerusi Parlimen dengan menyertai Pakatan Rakyat yang dianggotai DAP dan PKR manakala untuk PRU14. PAS membentuk Gagasan Sejahtera yang disertai badan bukan kerajaan (NGO) dan beberapa parti politik. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Abdul Hadi AwangTun Mahathir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dr M Masuk IJN, Saman Terhadap Zahid Ditangguh Lagi

Dr M Masuk IJN, Saman Terhadap Zahid Ditangguh Lagi

19/07/2024
0

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menangguhkan perbicaraan saman fitnah Dr Mahathir Mohamad terhadap Ahmad Zahid Hamidi kepada 26 Ogos selepas bekas...

Faisal Dapat Tonik Daripada Tun Mahathir

Faisal Dapat Tonik Daripada Tun Mahathir

22/06/2024
0

KUALA LUMPUR : Bintang sensasi bola sepak negara, Faisal Halim tidak terduga dan menyangka apabila diziarahi bekas Perdana Menteri, Tun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd