• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

GWGF Tetap Sokong BN, Mahu Orang Felda Buka Mata

oleh
08/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SETIA… Warga Felda di seluruh negara kekal terus memberi sokongan padu kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk menghadapi kancah Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 tidak lama lagi.

Demikian tegas Gabungan Wawasan Generasi Felda (GWGF) mewakili 14 organisasi bukan kerajaan (NGO) skim tanah itu dengan 600,000 ahli menerusi sidang akhbar khas di Wisma Rozali, Shah Alam, Selangor pada Sabtu.

Mereka malahan menyuarakan sokongan penuh kepada kepimpinan BN diterajui UMNO sempena PRU ke-14 akan datang yang dianggap pemerhati politik tempatan sebagai amat sengit ibarat ibu kepada segala pilihan raya.

Menurut Presidennya, Tan Sri Rozali Ismail, meskipun ada beberapa krisis urus tadbir kepimpinan dahulu, namun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tetap dapat menangani segala permasalahan terutama isu Felda sendiri.

“Kerajaan yang diterajui oleh UMNO dan BN telah banyak berjasa dan menunjukkan komitmen yang kuat kepada masyarakat Felda dan Generasi Baru Felda sejak ditubuhkan pada 1956 lagi.

“Pihak kerajaan juga telah banyak membantu tanpa jemu serta banyak memberi manfaat kepada warga Felda,” kata Rozali yang yakin perjuangan Felda menjadi teras tumpuan Najib dalam membela masyarakat.

Dalam masa sama, Rozali memberitahu bahawa pihak kerajaan bersetuju memberikan subsidi kepada generasi baharu peneroka Felda sebanyak RM20,000 bagi sebuah rumah yang dibina atas tanah rancangan yang dipilih.

Bagaimanapun ujarnya, pihak GWGF yakin jika pemerintahan negara jatuh ke tangan parti lain, tiada jaminan Felda akan terus kekal seperti sekarang bahkan hak Felda juga tidak dijamin menjadi milik Bumiputera lagi selepas ini.

Beliau turut mengimbau pada PRU-13 yang lalu, pihak UMNO dan BN juga telah menjanjikan pelbagai bentuk bantuan pendidikan, perniagaan tanaman semula, perumahan, sosial, kebajikan dan banyak lagi kepada Felda.

ROZALI memegang plakad ‘Pastikan tidak akan Felda dan peneroka hilang di dunia’ ketika sidang akhbar khas di Shah Alam hari ini.

Kesemua janji yang dilontarkan daripada mulut pihak kerajaan telah diterima oleh penduduk Felda sendiri bagi memberikan keselesaan hidup kepada mereka dah juga sebagai satu kemudahan kekal buat mereka sekeluarga.

“Keputusan turut dipersetujui jawatankuasa induk dan wakil gabungan setiap negeri. Kita akan umum kepada penduduk di rancangan tanah serta keputusan sebulat suara ini disampaikan kepada peneroka,” tambahnya.

Bagi meyakinkan penduduk Felda sempena PRU ke-14  ini, wakil GWGF akan giat memberi penerangan kepada penduduk Felda supaya mereka nampak dengan lebih jelas tentang budi baik yang telah ditabur oleh pihak kerajaan.

Justeru, jika ada peneroka ataupun generasi baru tergamak ‘menikam belakang’ ketika PRU ke-14, mereka dianggap sebagai individu yang tidak kenang budi selepas menikmati pelbagai kemudahan disediakan oleh pihak kerajaan.

Rozali turut menyeru semua ahli GWGF serta masyarakat peneroka dan generasi baru bersama kakitangan Felda dapat bersatu padu demi memastikan kemenangan berpihak kepada BN di semua tanah rancangan seluruh negara.

Kesemua ahli jawatankuasa GWGF di peringkat pusat dan negeri juga bakal ‘turun padang’ ke tanah rancangan Felda bagi memberi bantuan kepada jentera BN dan UMNO. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: FeldaGWGF FELDAPRU14
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

DAP Dedah Pertemuan Kit Siang Dengan Kem UMNO Anti-Najib Sebelum PRU14

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik DAP mengimbas strategi Pakatan Harapan (PH) menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib...

Kerajaan Salur Peruntukan RM100 Juta Kepada FELDA Tampung Kos Operasi – PM

Kerajaan Salur Peruntukan RM100 Juta Kepada FELDA Tampung Kos Operasi – PM

14/07/2024
1

SERDANG : Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan bersetuju menyalurkan peruntukan RM100 juta kepada FELDA untuk menampung kos pengoperasian ladang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd