• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Graduan Bidang Sains Dipenjara Kerana Miliki Dadah

oleh Ahmad Albab
01/04/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun dan 10 sebatan ke atas seorang lelaki atas kesalahan memiliki dadah, dua tahun lalu.

Ahmad Usman Nor Azmi, 28 yang mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut agak bernasib baik kerana sebelum ini berdepan hukuman gantung sampai mati atas tuduhan mengedar dadah, tetapi hari ini pihak pendakwaan menawarkan pertuduhan pilihan.

Tertuduh yang juga graduan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains didakwa memiliki dadah jenis kanabis seberat 479.32 gram di dalam bilik sebuah rumah di Taman Sri Kolam, di sini pada 4 petang, 17 Dis 2016.

Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang 10 sebatan.

Hakim Datuk Zainal Azman Ab Aziz memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara bermula tarikh tangkap.

Sementara itu dalam pertuduhan sama, rakan tertuduh, Nor Sofea Asyiqin Mahamood, 25, yang juga pelajar tahun empat jurusan perubatan di sebuah universiti tempatan dilepas tanpa dibebaskan setelah pihak pendakwaan bersetuju menarik semula pertuduhan terhadapnya susulan representasi yang dikemukakan peguamnya.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Rohaiza Abd Rahman manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Mohd Hayyatuddin Muhamad. – BERNAMA

Tags: dadah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

Pesara Polis Wanita Ditahan Selepas Dikejar Lebih 50KM, Positif Dadah

12/05/2026
0

Oleh Mynewshub  REMBAU – Seorang pesara polis wanita berusia 65 tahun ditahan selepas bertindak melarikan diri daripada polis dalam kejadian...

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

‘Ini bukanlah isu perkauman, kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa’ – MCA

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA, Datuk IR Lawrence Low menggesa tindakan serius diambil terhadap isu pemandu mabuk serta mereka...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd