• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gaji Lionel Messi Lebih RM100,000 Seminit

oleh
25/04/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DI Malaysia, jika bergaji RM100,000 setahun sudah dikira cukup banyak — bayangkan pula jika anda memperoleh pendapatan sebanyak itu dalam tempoh seminit?

Lapor Business Day, bintang bola sepak Bercelona, Lionel Messi, mempunyai pendapatan yang tertinggi di kalangan pemain-pemain bola sepak dengan memperoleh €25,000 (RM119,294) dalam hanya tempoh seminit.

Jumlah bayaran itu diperoleh ketika beraksi untuk La Liga, Liga Juara-Juara, Piala Raja Sepanyol, Piala Kelab Dunia dan empat kali penampilan antarabangsa untuk Argentina sepanjang musim ini.

Lionel Messi memperoleh pendapatan sebanyak €126 juta (RM600 juta) pada musim ini.

Messi yang memenangi anugerah Bola Emas Fédération Internationale de Football Association (FIFA) sebagai pemain terbaik dunia 2010 memperoleh pendapatan sebanyak €126 juta (RM600 juta) termasuk gaji, bonus dan perolehan iklan pada musim ini.

Di tangga kedua dalam senarai gaji pemain bola sepak termahal itu ialah Cristiano Ro­naldo, yang menjana pendapatan €94 juta (RM447.7 juta) walaupun musim lalu Ronaldo telah mendahului carta tersebut dengan pendapatan sebanyak €87.5 juta(RM416.7 juta) setahun, berbanding €76.9 juta (RM366.2 juta) yang diterima oleh Messi sebelum ini.

Cristiano Ronaldo memperoleh pendapatan sebanyak €94 juta (RM447.7 juta) pada musim ini.

Bintang Paris Saint-Germain, Neymar di tempat ketiga dengan pendapatan €81.5 juta (RM389.6 juta).

Laporan tersebut turut mendedahkan jurulatih yang memperoleh gaji tertinggi, yang diungguli oleh José Mourinho yang menguruskan kelab Manchester United, iaitu pendapatan sebanyak €26 juta (RM124.3 juta).

Di tempat kedua adalah pengurus pasukan bola se­pak China, Marcello Lippi de­ngan gaji €23 juta (RM109.9 juta), diikuti pengurus kelab Atletico Madrid, Diego Simeone di tempat ketiga. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Tags: GajiLionel Messiseminit
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan berhati-hati dalam mentafsir kategori T20 atau...

Potong Gaji Ahli Parlimen Dan ADUN, Rasai Apa Rakyat Rasa – Akmal

Potong Gaji Ahli Parlimen Dan ADUN, Rasai Apa Rakyat Rasa – Akmal

28/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan dicadangkan memotong gaji semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketua Pemuda UMNO, Datuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd