Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Anak Kucing Hampir Mati...

CHINA – Penderitaan yang dialami oleh dua ekor anak kucing ini memang menyakitkan....

Lelaki Samun Guna Pistol...

BUTTERWORTH - Polis menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kejadian samun dengan...

Real Madrid Mahukan Raheem...

REAL MADRID dilapor sedang menggandakan usaha bagi mendapatkan Raheem Sterling pada musim depan.Ia...

Amanah Buka Ruang Bekas...

IPOH - Parti Amanah Negara (Amanah) bersedia membuka pintu kepada mana-mana bekas pemimpin...

FGV Tambah Baik Kelestarian Kumpulan

KUALA LUMPUR – Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) mengumumkan penambahbaikan Dasar ‘Tiada Penebangan Hutan, Tiada Gambut dan Tiada Eksploitasi’ (NDPE) kumpulan yang berkuat kuasa hari ini sebagai komitmennya terhadap pembangunan lestari.

Dalam satu kenyataan, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Datuk Zakaria Arshad berkata ini membabitkan semua perkara berkaitan dengan kepentingan sosial, hak-hak masyarakat tempatan kepada kebaikan ekonomi dan hak pekerjanya terhadap persekitaran tempat kerja yang selamat serta manfaat yang selaras dengan ketetapan undang-undang.

“FGV mengambil perhatian serius mengenai usaha berterusan kumpulan bagi memenuhi keperluan semua pihak berkepentingan – persekitaran, pekerja, perniagaan dan masyarakat setempat,” katanya.

Menurut Zakaria, menerusi Dasar NDPE itu, FGV berazam untuk memulihkan semua tanah gambut yang telah dibangunkan selaras dengan Dasar Kelestarian 2017 syarikat tanpa menyebabkan sebarang konflik sosial.

FGV juga, katanya, telah menerima pakai Pendekatan Stok Tinggi-Karbon (HCSA) di kawasan semasa bagi pembangunan yang berpotensi dengan mengambil kira aspek alam sekitar serta sosial dalam menentukan kawasan bersesuaian dengan pembangunan baharu.

Mengulas isu yuran pengambilan pekerja, beliau berkata syarikat itu telah mengikuti amalan pekerja yang bertangungjawab dengan mematuhi dasar dalaman dan garis panduan berkaitan.


“FGV sama sekali tidak mengizinkan amalan mengenakan yuran pengambilan untuk penempatan pekerjaan selain daripada yuran yang dikenakan oleh pihak berkuasa di negara sumber.”

Selain itu, katanya, FGV adalah syarikat bertanggungjawab yang menegakkan hak dan kebajikan para pekerja dan akan memuktamadkan Dasar Pematuhan Sosial dan Hak Asasi Manusia bagi memperkukuhkan lagi komitmen terhadap kebajikan para pekerja.

“Kami juga sedang (dalam proses) menubuhkan mekanisme meliputi penglibatan pelbagai pihak yang telus dan bebas membabitkan komuniti tempatan dan ahli kumpulan sivil untuk menyuarakan kebimbangan masing-masing menerusi forum terbuka,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • FGV

Kategori