• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Elaun Sara Hidup Kurangkan Beban Kewangan Nelayan

oleh AK-47
26/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA SELANGOR – Sebelum ini, apabila tiba musim tengkujuh hati Mohd Nor Azman Wahid, 55, mula risau mengenangkan nasib yang tidak dapat turun ke laut mencari rezeki untuk menyara isteri dan enam anak mereka.

Keadaan laut bergelora bermula November hingga Mac setiap tahun menyebabkan Mohd Nor dan ribuan lagi nelayan pantai atau nelayan kelas C tidak dapat turun ke laut menangkap ikan, sekali gus menjejaskan pendapatan mereka.

Namun, katanya sejak menerima elaun sara hidup nelayan sebanyak RM300 setiap bulan, beban yang ditanggungnya berkurangan.

“Masalah kewangan bagi kami nelayan ini memang teruk bila musim tengkujuh, tapi dengan ada elaun sara hidup nelayan ni, beban ini semakin kurang dan dengan duit yang kita dapat ini boleh tampung belanja beli barang dapur.

“Mungkin bagi orang di bandar duit RM100 ke RM300 ini tidak banyak tapi bagi kami nelayan pantai ia sangat membantu,” katanya kepada Bernama di sini, baru-baru ini.

Insentif elaun sara hidup nelayan itu diperkenalkan oleh kerajaan persekutuan 10 tahun lalu dengan kadar asal sebanyak RM200 sebelum dinaikkan kepada RM300, sebagai jaringan keselamatan kepada individu berpendapatan rendah dan komitmen kerajaan membantu mereka keluar daripada garis kemiskinan.

Sehingga kini kerajaan membelanjakan RM54.4 juta di bawah inisiatif itu yang memberi manfaat kepada 46,445 nelayan di seluruh negara.

Seorang lagi nelayan, Haris Gandol, 58, berkata sebelum elaun sara hidup nelayan itu diperkenalkan, dia melakukan pelbagai kerja sampingan antaranya memetik kelapa dan bekerja di ladang kelapa sawit bagi menampung perbelanjaan keluarga ketika musim tengkujuh.

“Sejak elaun ini ada, Alhamdulillah, ringanlah sikit beban kami nelayan kecil ini. Duit yang diterima dapat diguna beli beras, gula dan tepung, atau guna untuk bayar bil elektrik dan air,” katanya.

Selain elaun sara hidup, beberapa inisiatif lain dilaksanakan kerajaan bagi membantu golongan nelayan seperti skim bantuan dan insentif hasil tangkapan ikan, insentif kotak ikan berinsulasi ‘food grade’ bagi ikan tempatan, skim subsidi diesel dan petrol serta tabung bencana alam dan kebajikan nelayan bagi menangani kos sara hidup golongan sasaran.

Bagi Abdullah Sani Kasbollah, 67 pula, elaun itu yang diterimanya sejak 2010 itu banyak membantu dalam menambah pendapatan nelayan.

Katanya nelayan turut mendapat elaun pendaratan ikan bagi setiap kilogram ikan yang didaratkan.

”Jadi, ditambah dengan hasil jualan ikan, elaun sara hidup dan elaun pendaratan ikan, sedikit-sebanyak pendapatan nelayan kini semakin bertambah, tidak seperti 10, 20 tahun dahulu,” katanya. – BERNAMA

Tags: ElaunNelayan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sari Yanti Selamat Lahirkan Cahaya Mata

Next Post

SPR Harus Lebih Agresif Kekang Berita Palsu

Related Posts

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

05/07/2024
0

KUANTAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pahang berjaya menyelamatkan tiga nelayan warga Indonesia selepas bot dinaiki mereka mengalami...

Jari Tangan Kanan Peniaga Burger Putus Tersepit Mesin Pengisar Daging

Nelayan Didakwa Cabul Anak Luar Nikahnya Sendiri

16/11/2023
0

KOTA BHARU – Seorang nelayan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan kelucahan melampau dengan mencabul...

Next Post

SPR Harus Lebih Agresif Kekang Berita Palsu

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd