• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 17, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ECRL Bukan Projek Membazir – MB Pahang

oleh AK-47
05/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Pelaksanaan Projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL) bukan pembaziran kerana ia akan memberi manfaat jangka panjang kepada negara dan rakyat khususnya di Pantai Timur.

Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata pembinaan ECRL juga akan memajukan Pahang, Kelantan dan Terengganu kerana memudahkan hubungan dengan negeri-negeri di Pantai Barat.

Sehubungan itu, katanya, rakyat tidak harus terpengaruh dengan dakwaan kononnya kedaulatan negara terancam ekoran ECRL dilaksanakan dengan kerjasama kerajaan China.

“Projek ECRL dan projek mega lain seperti Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP) dilaksanakan untuk manfaat rakyat. Negara kita dapat pelaburan dan mereka (China) juga mendapat faedah daripada pelaburan mereka.

“Mengapa (kita) pilih China? Kerana negara itu merupakan rakan dagang utama negara. Jika China tidak membeli dagangan kita, kita akan rugi. Untuk projek berimpak tinggi, pasti ada kepentingan bersama yang akan dicapai,” katanya.

Adnan berkata demikian kepada pemberita selepes mengadakan Lawatan Kerja dan Majlis Ramah Mesra bersama Warta Polis Diraja Malaysia (PDRM) sempena Peringatan Hari Polis ke-211 di Kompleks Perumahan Polis Alor Akar di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Polis Pahang Datuk Seri Rosli Ab Rahman, Timbalannya Datuk Jamaludin Kudin, barisan Anggota Mesyuarat Kerajaan Negeri dan 1,300 pegawai dan anggota polis di Pahang.

Adnan berkata demikian semasa diminta mengulas kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad yang dilaporkan berkata pihaknya akan mempertimbang untuk menghentikan projek ECRL jika pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14.

Dr Mahathir didakwa berkata demikian kerana beranggapan projek yang bernilai RM55 bilion itu suatu pembaziran kerana tiada keperluan yang disediakan kepada rakyat.

Adnan berkata kerajaan melaksanakan pelbagai projek berimpak tinggi sejak daripada zaman perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan diteruskan perdana menteri seterusnya.

Dalam perkembangan lain, Adnan menyifatkan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung satukenaikan gaji tahunan gaji penjawat awam sebagai tanda keprihatinan kerajaan terhadap kira-kira 1.6 juta penjawat awam. – BERNAMA

Tags: ECRLMenteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pecah Tradisi, Bola Sepak Pilihan Utama Gadis Somalia

Next Post

Pemberian Kerajaan Hargai Peranan Penjawat Awam

Related Posts

8 Kes Kecurian Kabel Tapak Projek ECRL Di Kuantan

8 Kes Kecurian Kabel Tapak Projek ECRL Di Kuantan

24/06/2025
0

Kuantan: Polis menerima lapan kes kecurian kabel membabitkan jumlah kerugian melebihi RM200,000 di beberapa tapak projek Laluan Rel Pantai Timur...

Projek ECRL Dijangka Mula Ujian, Pentauliahan Pada Jun 2026

Projek ECRL Dijangka Mula Ujian, Pentauliahan Pada Jun 2026

04/02/2025
0

KUANTAN - Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dari Kota Bharu, Kelantan ke Terminal Bersepadu Gombak dijangka memulakan ujian dan...

Next Post

Pemberian Kerajaan Hargai Peranan Penjawat Awam

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd