• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

EAIC Siasat Tahanan Meninggal Dalam Lokap

oleh Ahmad Albab
01/04/2018
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) sedang menjalankan siasatan secara berasingan berhubung kes seorang tahanan ditemukan dalam keadaan tergantung di lokap Balai Polis Selama, Perak pada 17 Mac lepas.

Pengerusi EAIC Datuk A Aziz A Rahim dalam kenyataan hari ini berkata suruhanjaya itu telah mengambil keterangan yang sewajarnya serta dalam proses melengkapkan kertas siasatan dan dapatan kes akan diumumkan setelah selesai.

“Sekiranya terdapat syor-syor berkaitan, ia akan dipanjangkan kepada pihak berkuasa tatatertib Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Polis Diraja Malaysia untuk penambahbaikan selanjutnya,” katanya.

A Aziz menegaskan setiap siasatan yang dijalankan EAIC adalah bebas, telus dan profesional berdasarkan kuasa penyiasatan yang diperuntukkan menerusi Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 (Akta 700).

Dalam kejadian 9.30 pagi itu, mangsa berumur 39 tahun yang juga orang kena tahan (OKT) mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 3(1) Langkah-langkah Pencegahan Khas 1985 ditemukan meninggal dunia oleh dua anggota polis bertugas dalam keadaan tergantung di dalam lokap. – BERNAMA

Tags: EAIC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

EAIC Tubuhkan Pasukan Petugas Khas Siasat Isu 7 Pemain Naturalisasi

EAIC Tubuhkan Pasukan Petugas Khas Siasat Isu 7 Pemain Naturalisasi

04/11/2025
0

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) menubuhkan Pasukan Petugas Khas bagi menyiasat isu berkaitan dakwaan kegagalan pengesahan dokumen pengenalan...

EAIC Mahu Syor Buang Kerja Penguat Kuasa Kastam Ditahan Kes Tiris Berbilion Ringgit

EAIC Mahu Syor Buang Kerja Penguat Kuasa Kastam Ditahan Kes Tiris Berbilion Ringgit

13/06/2024
0

SEPANG : Kira-kira 40 penjawat awam, termasuk penguat kuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd