• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DSA: Airbus Pamer Produk Pertahanan Udara, Helikopter

oleh AK-47
09/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Peneraju global dalam bidang aeronautik dan aeroangkasa, Airbus akan membawa rangkaian produk serta perkhidmatan pertahanan udara dan helikopter pada Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) 2018 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada 16-19 April ini.

Menurut jurucakap syarikat itu, sempena pameran edisi ke-16 DSA, Airbus akan menampilkan model-model berskala pesawat pengangkut , yang kini digunakan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) seperti Pesawat Rondaan Maritim C295 yang memenuhi keperluan pemantauan negara dan satelit Eurostar 3000 yang sesuai untuk semua jenis misi perhubungan.

“Bahagian Airbus Helicopters pula akan mempamerkan model helikopter H225M yang versatil daripada kumpulan Super Puma, yang turut digunakan oleh TUDM sekarang, serta H175 super-medium dan H135 light-twin yang popular.

“Malaysia merupakan pelanggan utama Airbus bagi semua bahagian syarikat dan merupakan pelanggan eksport pertama bagi A400M serta TUDM telah menerima pesawat pengangkut yang keempat pada tahun lepas. Selain itu, Airbus juga telah menyiapkan MEASAT-3b, iaitu satelit terbesar yang dipesan oleh sektor perhubungan negara, pada 2014,” menurut syarikat itu dalam kenyataan.

Syarikat Airbus merupakan peneraju segmen rotorkraf di Malaysia dengan lebih 100 buah helikopter awam dan tentera yang sedang digunakan di negara ini selain memiliki kemudahan penyelenggaraan, pembaikan dan pemulihan helikopter serantau serta sebuah pusat latihan di Subang.

Lebih 720 pesawat penumpang dan kargo telah dipesan oleh syarikat-syarikat penerbangan di negara ini daripada Airbus selain lebih 270 pesawat Airbus digunakan untuk laluan domestik, serantau dan jarak jauh bagi membantu menjadikan Malaysia sebagai sebuah hab penerbangan serantau.

“Airbus juga mempunyai perkongsian industri yang kukuh di Malaysia sebagai pembekal terbesar syarikat di Asia Tenggara serta menjadi sumber utama bagi alat ganti komposit. Nilai sumber dan perkongsian Airbus dalam ekonomi tempatan dianggarkan bernilai USD400 juta setahun dan menyediakan lebih 4,000 peluang pekerjaan di Malaysia,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA

Tags: Airbus
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Airbus Sahkan Tawar H225M Kepada TUDM

Airbus Sahkan Tawar H225M Kepada TUDM

08/05/2024
0

Kuala Lumpur : Syarikat Airbus Helicopters mengesahkan menawar H225M dalam pembidaan untuk program perolehan 12 helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia...

Satelit Komunikasi MEASAT-3d Dibina Airbus Sedia Dilancarkan

14/06/2022
0

TOULOUSE: Satelit komunikasi MEASAT-3d yang dibina oleh Airbus kini berada di Kourou, Guiana Perancis dan sedia untuk dilancarkan dengan menaiki...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd