Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Adenan Alu-Alu Program Kerajaan...

KUCHING - Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem hari ini berterima kasih...

SAM Mahu MOM Teruskan...

KUALA LUMPUR - Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) mendesak barisan kepimpinan baharu Majlis...

“Saya Ada Cadangan Selesaikan...

IPOH: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hari ini menegaskan...

Lari Lokap Mahu Sambut...

TAIPING - Gara-gara melarikan diri dari tahanan lokap kerana mahu menyambut ulang tahun...

Disaman Sebab Guna Waze Ketika Memandu?

GAMBAR salinan surat saman yang dikenakan terhadap seorang pemandu gara-gara menggunakan aplikasi Waze semasa memandu telah mencetuskan pelbagai kontroversi dalam kalangan netizen.

Menerusi surat saman yang bertarikh 9 April itu, pemandu terbabit dikatakan disaman pihak berkuasa ketika memandu di Jalan Puchong Perdana, Puchong, Selangor kira-kira pukul 10.55 pagi.

Tanpa sebarang maklumat lanjut daripada pemandu tersebut, gambar surat saman itu terus mengundang reaksi segelintir netizen yang seakan-akan mempersoal kewajaran pihak berkuasa dalam mengeluarkan saman.

“Guna Waze pun tak boleh? pergh polis kita semakin hebat,” kata seorang pengguna Facebook yang turut berkongsikan gambar tersebut.

Rata-ratanya mempersoalkan bagaimana prosedur operasi pihak berkuasa sehinggakan pengguna peta navigasi yang membantu dalam pemanduan pun telah dianggap sebagai ‘melanggar paraturan’.

Susulan itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari tampil menjelaskan dakwaan mengapa pemandu berkenaan telah diberikan surat saman.


“Saya sudah semak dan teliti perkara ini. Saman berkenaan dikeluarkan kerana individu berkenaan didapati sebelah tangannya memegang telefon bimbit semasa memandu.

“Saman berkenaan bukan kerana dia gunakan Waze atau apa sahaja aplikasi dalam telefon bimbit,” katanya dipetik portal Harian Metro.

Malah ujarnya lagi, jika telefon bimbit berkenaan diletakkan pada pemegang gajet atau diletakkan pada papan pemuka kenderaan (dashboard), maka ia tidak menjadi satu kesalahan. – MYNEWSHUB.CC

Kategori