TAK senonoh langsung. Perbuatan seorang lelaki yang memegang anak lelakinya keluar tingkap kereta ketika kenderaan itu berada di tengah kesesakan jalan raya, semata-mata untuk membantunya kencing, telah dikecam ramai.
Kanak-kanak berkenaan dirakamkan sedang kencing ketika kereta itu sedang bergerak.
Tanpa mempedulikan pemandu lain di jalan raya, lelaki itu dengan selamba mengangkat anaknya untuk kencing menerusi tingkap.
Kejadian itu dirakamkan oleh Wang, yang berada di tempat duduk penumpang di dalam sebuah kereta yang berada di belakang kenderaan yang dinaiki kanak-kanak tersebut ketika mereka melalui jalan di Chengdu, Sichuan.
“Dua kali bapanya memegang anaknya keluar tingkap dan ia mengambil masa selama dua minit,” kata Wang.
Namun polis memberitahu perbuatan lelaki terbabit tidak melanggar peraturan jalan raya.
Bagaimanapun ia mengundang bahaya kepada kanak-kanak tersebut dan pemandu lain.
Ini kerana kanak-kanak tersebut boleh terjatuh jika kenderaan itu berhenti serta-merta.
Ramai yang menyalahkan lelaki itu sebagai tidak bertamadun, tidak berpendidikan dan tidak bertanggungjawab.
Ia juga merupakan perbuatan yang memalukan. – MYNEWSHUB.CC