• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Diana Garang Macam Harimau Dengan Anak

oleh Haris
03/04/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SETIAP ibu bapa ada cara tersendiri untuk mendisiplinkan anak sama ada dengan menggunakan kaedah tegas atau pun pendekatan lebih tenang seperti menasihati anak mereka secara lembut.

Bagi pelakon, Datin Diana Danielle yang merupakan ibu kepada Muhammad, 5 dan Aurora, 3, dia sebenarnya lebih tegas dan garang terhadap kedua-dua anaknya itu berbanding suaminya, Datuk Farid kamil.

Ujar Diana, dia lebih selesa menggunakan pendekatan yang sinonim dengan rakyat Asia iaitu lebih tegas dalam didik namun dalam masa sama menjelaskan situasi sebenar supaya anak-anak memahami apa yang berlaku.

“Berbanding Farid yang banyak berlembut dengan anak, saya pula lebih garang. Dia hanya akan marah dan masuk campur pada masa tertentu, terutama ketika saat genting.

“Saya pula seperti harimau. Namun, di sebalik ketegasan, saya akan beri penjelasan supaya anak faham marah saya bersebab,” katanya memetik BH Online.

Biar pun dia dan suaminya menceburi bidang hiburan, Diana enggan menggalak Muhammad dan Aurora untuk terlibat dalam dunia seni bahkan mahu mereka berdua lebih fokus kepada pelajaran.

Jelasnya perkara yang penting buat dia dan suaminya adalah supaya kedua-dua anaknya itu menjalani kehidupan biasa seperti kanak-kanak lain dengan mengutamakan pendidikan sebelum terlibat dengan aktiviti lain.

“Saya tidak menggalakkan mereka terbabit dengan dunia seni. Kalau setakat penggambaran iklan, saya masih boleh terima.

“Selagi boleh dikawal, saya mahu mereka utamakan pelajaran dulu. Saya mahu mereka menikmati zaman kanak-kanak,” ujarnya.

Malah, anak sulungnya Muhammad sering bingung melihat orang ramai kurang mengenalinya ketika keluar berjalan bersama keluarga.

“Pernah sekali Muhammad bertanya, kenapa ada orang tidak mengenalinya. Biasalah, apabila kami sekeluarga keluar, pasti ada menegur. Begitupun, dalam ramai-ramai yang berbuat begitu, ada juga yang tidak tahu namanya.

“Saya memberitahunya, tidak semua mengenali kamu. Lucu juga, tetapi mereka perlu tahu kehidupan sebenar,” jelas Diana.

Bagaimanapun, hos program baharu di ntv7, Kata Serasi itu berkata, berdasarkan pemerhatiannya, Muhammad lebih selesa berada di belakang tabir.

“Pernah sekali saya bawa ke lokasi, dia seronok duduk di kerusi pengarah melihat visual lakonan, berbanding berada di depan kamera. Dia juga minat dengan fotografi,” ujarnya. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: anakDatin Diana DanielleDatuk Farid Kamil
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anak Rosak, Bengis Sejak Umur 17 Tahun. Mengamuk Bawa Parang

Anak Rosak, Bengis Sejak Umur 17 Tahun. Mengamuk Bawa Parang

03/11/2025
0

RAWANG: "Ibu bapa mana yang tidak sedih dan menderita apabila melihat satu-satunya anak lelaki kami musnah akibat dadah," kata pesara...

Polis Tunggu Laporan Kimia Kes Serangan Anak Rafizi

Polis Tunggu Laporan Kimia Kes Serangan Anak Rafizi

24/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis masih menunggu laporan kimia berkaitan cecair yang disuntik dalam insiden serangan terhadap anak lelaki bekas Menteri Ekonomi,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd