• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Guna #TsunamiPHitnah Tempelak Pembangkang

oleh Ahmad Albab
25/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BIDAS… Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menempelak pembangkang yang semakin agresif menabur fitnah khususnya menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Najib yang mencipta tanda pagar untuk itu #TsunamiPHitnah berkata fitnah yang dilontarkan semakin berleluasa dan dahsyat, yang berupaya memporakperandakan dan mampu membinasakan keharmonian hidup bermasyarakat di Malaysia sejak sekian lama.

Bahkan, katanya, beliau dan keluarga sering menjadi mangsa politik fitnah pembangkang yang tidak langsung kenal akan erti kehormatan atau rasa bertanggungjawab sebagai pemimpin masyarakat.

“Sebenarnya, sejak pilihan raya yang lepas sehingga kini, jika saya menyenaraikan setiap satu lemparan fitnah yang dibuat pembangkang, boleh jadi setebal Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, jumlah muka surat yang perlu diperuntukkan,” katanya menerusi catatan di blog rasmi beliau, www.najibrazak.com.

Mengulas lanjut, beliau berkata fitnah paling dahsyat yang pernah dilontarkan pembangkang ialah pada PRU13 kononnya 40,000 pengundi hantu dibawa masuk ke Malaysia dari Bangladesh menggunakan penerbangan khas untuk mengundi di kawasan tertentu; dan berlakunya ‘blackout’ di pusat mengundi.

Najib, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata lebih sedih ialah apabila sehingga hari ini masih ramai rakyat Malaysia yang percaya dengan dakyah tersebut walaupun bukti menunjukkan sebaliknya dan ramai pemimpin pembangkang sendiri mengakui ia tidak berlaku.

“Yang menghairankan saya, fitnah ini seperti fitnah-fitnah lain hanya memerlukan sedikit kajian dan pemikiran logik untuk dibuktikan palsu, namun akibat keghairahan berpolitik, ramai yang mempercayainya, ditipu bulat-bulat oleh pembangkang.

“Akibatnya, rakyat Malaysia yang lahir dan dibesarkan di negara ini, jika berkulit gelap sedikit, dituduh sebagai warga asing, dipaksa menyanyi lagu Negaraku di khalayak ramai, ada yang kad pengenalan mereka juga diviralkan di media sosial dengan pelbagai kutukan dan cacian dilemparkan kepada mereka,” katanya.

Tambahnya, komuniti pekerja asing Bangladesh yang datang ke Malaysia untuk mencari rezeki halal turut dihambat, dicerca, diperlekeh dan dijadikan mangsa kebencian akibat politik fitnah.

Perdana menteri berkata fitnah pembangkang tidak terhenti setakat pilihan raya, dan tiada individu atau institusi yang terselamat daripada menjadi sasarannya.

Tambah beliau, satu lagi fitnah yang begitu dahsyat dan keji dilakukan pembangkang adalah terhadap institusi yang menjaga kebajikan jemaah Haji Malaysia, bakal tetamu Allah di Tanah Suci.

“Bertahun lamanya Lembaga Tabung Haji mencatat dividen pelaburan yang kompetitif, sering dipuji sebagai pengurusan jemaah Haji contoh malah hubungan baik yang terus terjalin antara kerajaan Malaysia dan kerajaan Arab Saudi, antara saya dan Raja Salman, telah membuka banyak peluang dan juga penambahan kuota haji untuk rakyat Malaysia,” katanya.

Najib berkata perkara tersebut tidak diambil kira mahupun dipedulikan apabila pembangkang melempar fitnah Tabung Haji mengalami kerugian dan tidak mampu membayar semula wang pendeposit.

“Akibatnya, lebih 3,000 pendeposit yang terpedaya dan termakan hasutan dan fitnah jahat pembangkang bertindak menutup akaun mereka. Kesannya, mereka hilang kelayakan dan giliran Haji.

“Tergamaknya pembangkang memfitnah sebegini rupa… yang teraniaya adalah pak cik dan mak cik berumur, yang telah menunggu giliran ke tanah suci bertahun lamanya musnah harapan mereka kerana politik fitnah pembangkang,” katanya.

Menurutnya, apa yang dikongsikan hanyalah sebahagian fitnah yang dilemparkan pembangkang, termasuklah fitnah mereka terhadap beliau dan keluarga, kerajaan, institusi-institusi serta dana-dana pelaburan.

“Malah kejadian kemalangan yang meragut nyawa pun sanggup mereka fitnah dan politikkan,” kata Najib.

Justeru, perdana menteri mengingatkan rakyat Malaysia supaya jangan menjadi ejen kemusnahan dengan membenarkan politik fitnah pembangkang berleluasa kerana ia akan merugikan diri sendiri, masyarakat dan negara. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razakfitnah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Liga Juara-Juara: Hanya Setapak Lagi Buat Liverpool

Next Post

Wow! Menara TM Pun Papar Logo Avengers!

Related Posts

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

04/05/2025
0

Kuala Lumpur: Keputusan sama ada Jabatan Peguam Negara (AGC) menerima representasi dikemukakan Datuk Seri Najib Razak untuk menggugurkan tiga lagi...

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

05/03/2025
1

SHAH ALAM - Pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil saksi ke-13 iaitu Penolong Pesuruhjaya Kanan,...

Next Post

Wow! Menara TM Pun Papar Logo Avengers!

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd